Showing posts with label Ke Key Eeel lagi. Show all posts
Showing posts with label Ke Key Eeel lagi. Show all posts

Monday, 28 February 2011

Dinner at Station 21

Hari ni, Along dah mula kembali belajar
di Sydney. Dua hari lepas kami semua
pi KL antar Along. Hari tu tarikh Birthday Along.
Sibuk sampai terlupa nak wish Happy Birthday
dan potong kek. Siannn kat Along.



- Ni kat Cafe 1 Malaysia, Dengkil.

Angah tak dapat ikut kerana diaada kelas.
Hari Khamis malam bertolak.
Masa tu kami berdua tengah syok tido. Bila jaga,
rupanya, abah dah sampai kat Tapah.

Kami mandi kat Jalan Duta pukul 6 pagi.
Tapi Tasya basuh muka je, pasal sejuk. 
Lepas tu kami pi ke umah kawan along
kat Taman Melati. Sempat jugak Tasya
berehat dan main dengan kucing.





Flight along tengah hari, jadi kami
terpaksa bergegas takut jalan sesak
dan jem. Maklum lah kat KEY EL ni
dah jadi budaya orang kita, habiskan
masa dan duit kat jalan raya.

Kuat nye Abang, tarikkkkk... Berat tu!!




Sampai airport, kami celeberate birthday
Along dengan makan ais krim.






Bila dah selesai "check in" dan peluk
cium ngan along, kami pun beredar
ke KL lah, mama nak pi shopping pulak.

Shopping ni tak yah cita lah, macam selalu je....
Beli barang mama kat IKEA, beli baju
"skirt" untuk Tasya dan baju CANADA kat
abang Amir.

Yang paling best Tasya nak cita adalah
pasal abah bawa kami pi dinner kat tempat baru.
Makan steak......

 - Steak dia memang best, licin lah kami makan... sehingga menjilat jari


 - " Tasya nak lagi, ada tak???"

 - Ni lah kat Station 21 tu...

 - Siap ada jagung rebus sekali.

Petang tu hujan lebat betul. Nak keluar pun
tak boleh. Sesak merata tempat, jadi kami
melepak kat "The CURVE"  je.
Pukul 6 baru kami keluar. Nak cari Bank Rakyat,
pasal angah nak pakai duit. Yang seronok tu,
plan nak pi Kg Baru, ikut jalan Penchala Link,
sesak, cari susur ke Gombak pun jem gila.
Akhirnya jumpa susur ke Jalan Kuching.
Masuk je terus mengiaauuu...... tak bergerak.
Satu jam merangkak.

Ubah pelan, masuk NKVE terus ke Bangsar.
Lega pasal line clear. Tapi nasib tak baik pasal
Bank Rakyat di sini kunci mesin ATM masuk
duit dalam kaunter bank. Kedekut punya bank.
Nasib baik, abah tanya orang kat situ yang
ibu pejabatnya kat Bank Negara tu buka.

Kami pun terus pi "dinner" lah kerana semua
orang dah lapar dan penat. Tasya ode Milo
dan Abang order Teh Ais. Mama, abah
ode Australian Steak, dan Tasya ngan abang
makan Fish N Chip.

Wah, boleh tahan lahhhh........
Nak tahu rasanya????????,...
pi lah sendiri kat Station 21.

OK lah, kami kena pi bank in duit
kat angah pulak. Dah lewat ni.

Malam tu, hujan tak berhenti.
Sepanjang malam lebat, nasib baik
pi kat Bank Negara tu dekat je.

Monday, 19 April 2010

Pasar Seni KL - Central Market

Pasar Seni KL tidak macam dulu, kata abah.

Dulu waktu abah study kat KL, setiap hari minggu
abah akan lepak kat Pasar Seni. Budak-budak U
ramai juga datang lepak. Dari UM lah, UTM lah,
UPM lah dan UKM. Geng TAR kolej pun ramai
jugak datang lepak sini. Bebudak ITM pun ade,
kata abah. Member dia lah tu..




Ramai orang KL lepak kat sini dari pagi sampai
ke malam. Pagi-pagi dah ramai orang. Kat laman
luar, geng-geng pelukis jalanan dah buka pejabat
mereka di setiap sudut bawah pokok.

Artis-artis seni bersama alat muzik dah mula
bekerja. Ada yang solo dan ada juga bersama
kmpulan. Sungguh meriah.

Kat dalam Pasar Seni pulak ada macam-macam
yang berseni. Bukannya macam la ni. Lebih kepada
pasar malam atau macam Pekan Sehari je. Asyik jual
T-shirt, kain baju, dan perhiasan saja. Sudut pelukis
kat hujung pintu belakang pun dah lenyap. Mana ada
seni lagi.

Apapun, Tasya ikut aje. Mama seronok lah pasal kat
sini ada banyak barang dia. Tasya dan abang Amir dapat
juga habuan baju dan seluar.



Habis kat situ, kami pi amik kenangan foto di bahagian
luar pulak. Ada Pejabat Pos besar, ada Menara Petronas
daya bumi dan bangunan HongKong Bank.




 Jumpa lagi.
Dari Tasya.

Monday, 1 March 2010

Trip jelajah 5 negeri dalam satu hari - Kedah, Penang, Perak, Selangor dan N9

Taysa dah pecah rekod tau...
Rekod apa tak tau lah pulak. Dalam masa satu hari Tasya
boleh jelajah 5 negeri serentak.


Awal-awal pagi kami bertolak walaupun Tasya dan
abang Amir tak boleh nak buka mata. Masih ngantuk lagi.
Mula-mula Kedah, negeri kelahiran Tasya, Negeri Darul Aman.

Lintas aje Sungai kat Bumbung Lima tu, masuk pulak Penang.
Abah melepasi tol Juru pun awal lagi dan keta tak lah banyak sangat.
Mama dah sound abah suruh berenti sarapan.

Abah kejut kami makan masa kami tiba kat Bukit Merah.
Dah masuk Perak lah ni......


 
Lepas makan dan rehat dekat sejam, abah pun sambung lagi
jelajah negeri Perak ni. Rehat lama betul tu,  pasal kami main buai kat
R&R dulu. Abah puas pujuk kami pi makan, kami buat tak reti je.
Lepas gian lah sebab selalunya masa cuti, pagi-pagi lagi
abah dah bawa kami ke taman. Jogging dan main buai.

Sampai kat Cangkat Jering, abah dah keluar tol.
Ya lah, kena pi amik Angah dulu. Mama dah janji amik
angah kul 12.00 lepas angah habis kelas.
Masa kelua tol Cangkat Jering, abah dah gelabah dan
terlajak pi ke Kuala Kangsar. Tersilap lah tu....

Abah kata ke Ipoh tempat angah kena ikut Jalan ke Beruas,
Titi Gantung, dan baru sampai Seri Iskandar.
Negeri Perak ni lah yang paling lama kami luangkan masa
jelejah kami. Jalannya punya lah teruk, sampai termuntah-muntah.

OK, kat bawah ni foto yang abah amik "candid camera"
kat tempat hostel Angah.



Wah.... baru lah cukup korum kali ni. Kami BELIMA.
Kami pun terus menuju ke KEY ELLLLL.....

Tak sempat pun masuk Selangor, mama dah sound abah lagi
pasal perut mama dah berbunyi. Abah pun minta 15 minit lagi
nak tunggu sampai kat TAPAH R&R. Kat situ abah cakap
banyak pilihan dan tempat pun selesa.

Ni lah foto kat Tapah tu.... masih dalam negeri Perak ni.
"Silver State" abah cakap.




Ahhhhh..... panjang lagi ni. Nanti TASYA sambung lain kali lah.
Cerita kat Selangor dan N9.

OK, kat bawah ni foto buah kesukaan mama. LIMAU BALI.