Showing posts with label Kenduri Kawin Kak Yuyi. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kawin Kak Yuyi. Show all posts

Wednesday, 6 October 2010

Abang Isan Bertunang - Merbuk, Kaki Gunung Jerai

Ada catatan baru dari Tasya.
Tetamu istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang
berkunjung ke rumah Tasya seminggu lepas Raya.
Orang Tok Guru ni tau,  dan rapat dengan Istana
Kelantan jugak. Mesti banyak crita baru yang
boleh Tasya tanya. Tasya pun selalu balik pi
Kota Bharu. Shopping lah, apa lagi........







Tasya meraikan rombongan keluarga Ayah Chik dari
Gua Musang semasa Abah dan Mama masih lagi dalam
cuti panjang sempena Aidifitri. Jadi Mama masih
berpeluang menyediakan resepi-resepi masakan Mama
yang lazat dan berselera.
Seronok betul lah Mama kali ni. Maklum lah dah agak
lama dia orang tak menjenguk ke sini.





Tasya pun dapat jumpa ngan Kak Ila, Abang Isan
dan sekeluarga serta ramai lagi sedara-sdara yang
sebelah Abah dan Ayah Chik.
Keluarga Ayah Nik pun mai jugak tapi Kak Yuyi
dah pi ke Johor, tak dapat ikut. Kami pun ada
kat sana masa kenduri Kak Yuyi dulu. Sebelum tu
kenduri Abang Izi. Sakan depa buat, besar-
besaran, siap dengan silat lagi.



Tapi kali ni, buat simple je untuk Abang Isan.
Baru nak bertunang. Kendurinya mungkin
tahun depan kot, belah keluarga Ayah Cik.



Tasya nak cerita banyak pun tak larat. Jadi Tasya
sertakan foto untuk kenangan. Banyak juga gosip
yang dia orang cakap sepanjang tiga empat hari di sini.
Seronok betul lah, rasa macam sekejap aje....

Friday, 19 March 2010

Ronda-Ronda bersama Tasya - pi Kenduri KAWIN laaaa ....

Kali ni Tasya bukanya "JOM JALAN-JALAN cari mAkAN...."

Tasya pi ronda dan makan angin belah PANTAI TIMUR pulak.
Abang AMIR kan cuti sekolah. Lagi pun abah dah janji kata
kat Tasya dan abang nak bawa kami pi RONDA-RONDA.
Bukan ronda-ronda KOTARAYA.




Ni dah MUSIM KENDURI KAHWIN.
Tengok lah gambar kat atas tu.
Kan kami posing kat atas pelamin. PELAMIN kawin lah tu.
Kami tumpang seri nye aje.
Banyak aksi-aksi yang kami ada. Tengok lah lagi kat bawah ni...



Kat sini, masa kami pi BUKIT PANAU, Tanah Merah Kelantan.
Kenduri menyambut menantu sebelah rumah Pengantin Lelaki.




Kenduri rumah Kak Yuyi, atau nama sebenarnya ialah NIK AZURI
di adakan dua hari  sebelumnya, di Kampung Bendang Nyior, Tanah
Merah.
Kak Yuyi kawin dengan Hilman, orang Bukit Panau,
Mama Kak Yuyi nama nya NUR'AINI.  Tasya panggil Mak Nik.
Ayah Kak Yuyi namanya NIK JID . Tasya panggil Ayah Nik.

Dalam foto-foto tu kesemuanya keluarga Tasya lah. Ayah Nik Tanah Merah,
Ayah Ngah Kg Renuk Gua Musang, Ayah Chik Felda Ciku, Ayah Zi Bendang Nyior,
dan yang lain nya adalah sepupu-sepupu Tasya di Pantai Timur.

Sebelum kenduri tu Tasya pi RONDA kat "Pasar Tani Wakaf Chek Yeh."
Dekat dengan pejabat radio KELANTAN FM.
Akan Tasya sambung lagi lain kali.