Showing posts with label 7 hari puasa. Show all posts
Showing posts with label 7 hari puasa. Show all posts

Sunday, 4 September 2011

Tganu Kite - Ayah Long dapat Menantu lagi..

Tganu Kite wehhhh...kite rraye lagi !!!!

Kami bertandang lagi ke Tanah Landai, Terengganu Darul Makmur.
Kali ini bersempena dengan rombongan menyambut menantu
dan bersalaman Raya. "Tasya tak leh mandi laut kali ni...."

Kelmarin, D'RAYA 4 melangkah kaki ke sempadan Tganu Kite
bersama dereten panjang susunan kenderaan musim raya.
Ayah Long dapat menantu lagi. Oghang Tganu....
Hansome dan segak orang nye.






Kami bertolak 11 pagi.
Yang paling seronok nya pagi-pagi kami dapat
pukulan "KO" di jalan RAYA. Kebanyakan orang
ramai gemar meyusun kenderaan di atas jalan raya sambil
meraikan hari RAYA.

Dari Bandar Baru Tanah Merah ke Simpang Bandar Pasir
Puteh kami meluangkan 2 jam bersusun di atas TAR.
Biasanya dalam 30 min dah boleh lepas.
Cuaca kelmarin amat baik sekali walaupun malam tu
hujan turun teramat lah lebat nya.










Jamuan amat enak sekali, maklum lah perut
berkeroncong dan lapar semasa bertemasya di
perjalanan tadi.
Gulai Daging, Ayam Goreng Masak Merah, Tembikai,
Acar Timun, dll.
Sempat juga merasa minuman 'air TUAK' di Simpang
masuk ke Lak Lok Dalam tadi






Majlis bersurai jam 2pm dan masing-masing betolak
pulang. Mak Cik dan Ayah Jie ke Tanah Merah, Sepupu-sepupu
Tasya yang lain ada yang ke Pasir Putih dan Kota Bharu.
Ayah Long masih tunggu menantu.
Kami sekeluarga beransur keluar menuju ke Kedah sambil
menyibuk snap foto untuk berblog.

Sampai di Kedah pukul 10.30pm selepas terkena "TKO"
sepanjang jalan dari Pasir Putih ke Lebuh Raya Timur Barat.
Paling teruknya di Simpang Pangkal Meleret, Machang.
Polis buat ROAD-BLOCK untuk 'melancarkan' kenderaan
D' Musim RAYA.

D' Bukit Bunga pulak, orang ramai berpesta
PERABIH Duit Raya menyebabkan berKILO2 meter
kenderaan lepak di tengah jalan.
Mama pun tumpang sama beli keropok Lekor Kak Anis

Walau apa pun, alhamdullillah kami selamat kembali
dan merasa seronok dapat beraya dan merasakan suasana
hari raya kat Malaysia ini. Hanya di Malaysia anda boleh
melihat drama sebegini. Tahun depan kita berpesta lagi.

Biasanya perjalan ke Ktan ni dalam 4 jam setengah je, tapi
semalam kami habiskan 9 jam setengah beraya di atas jalan.

Salam Syawal dan Selamat Posa Enam.
Dari Tasya.




Wednesday, 18 August 2010

Tujuh Hari Posa - Abang dah main BUNGA API !!!!

Salam Ramadhan,

Hari ni dah cukup puasa 7 hari. Bagi kawan-kawan yang
telah berjaya setakat ni, Tasya ucapkan alhamdulillah.
Tahniah dan doakan terus tabah sehingga akhir Ramadhan.




Malam ni Abang Amir dah main bunga api.
Walaupun masih demam sikit-sikit, tapi dapat
bunga api, dia terus sihat dan baik.

Makan nasi pun tangguh dulu.
Tasya dah habis demam. Dua hari jugak lah, lepas
tu abang ambik alih. Berjangkit lah kot. Selsema ni
senang berjangkit. Lagi pun cuti hari minggu lalu, abah
bawa jalan-jalan dengan motor ke Pendang. Pagi-pagi
masa pi tu okey. Time balik pulak....., punya lah panas.
Esoknya terus demam. Tasya ni sensitif sikit. Tak boleh
kena panas, macam Puteri Lilin kot.




Ok, Tasya dah letih ni. Yalah posa katakan.....

Bagi sapa-sapa yang dah seronok nak rasa main bunga
api, nanti suruh abah hangpa pi beli kat pasar malam.
Tapi ingat-ingat!!!!,  mercun tak boleh. takat bunga api je.
Kalau pegang tu, jangan dok tala kat kawan. Panas tauu,
nanti melecur.
Tolong jangan main mercun, MERBAHAYA...

OK, wasallam dari Tasya.