Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

Monday, 10 December 2012

Kuala Terengganu

Pesta Memancing di Pulau Warisan Terengganu.














Jauh perjalanan, luas pemandangan.



Bila dah melepasi Kuantan, baru boleh pi Kuala Terengganu.
Tapi Lebuh Raya Pantai Timur 2 belum siap abis lagi.

Ni kami rasmi lebuh raya baru "free" pasal plaza TOL belum
siap dibina.




Gua Musang pun boleh pi.....tapi tak siap jugak.
Tengok tu, papan tanda pun "blurrrrrr" .
Dua tahun lagi kot, baru boleh guna.


Selamat Datang ke Kuala Terengganu.





Tuesday, 14 December 2010

Shopping at PASAR PAYANG

Semasa kami sampai di Kuala Terengganu, cuaca agak baik
sekali, redup dan sederhana panas.
Kami LUNCH di tingkat dua PASAR PAYANG.












Along dan Angah order nasi campur.
Abah dan mama macam biasalah, makan bihun sop.
Tasya dan Abang Amir share-share aje ngan Along
dan mama.

Selepas masing-masing dah kenyang, Mama ajak
pi shopping dan ronda-ronda kat tempat pakaian
dan jualan barangan tempatan Terengganu.





Tasya dan abang pi pusing-pusing ngan abah
kat tempat mainan dan barang-barang sourvenier.
Beraneka jenis barangan ada kat sini.
Dari kueh-mueh tradisional - otak-otak, keropok losong,
lekor dan akok, - telur penyu, telur masin, hingga ke
barangan kraf tangan tempatan yang unik dan peralatan
dapur yang di buat dari tembaga.serta perhiasan rumah.






Sebelah petang nya kami ucapkan selamat tinggal kat
Kuala Terengganu dan berlepas ke Negeri Cik Siti
Wan Kembang pula.

Sunday, 12 December 2010

Pusat Pembiakan Penyu di Rantau Abang

Selepas dua hari menikmati suasana Pantai Cherating
- mandi laut, membina istana pasir, berenang dan bersantai
di sepanjang pantai yang bersih dan putih, kami pun beredar
untuk menuju ke Kuala Terengganu pulak.




Oh, cerita kat Pantai Cherating ni ada banyak lagi,
tapi tak sempat nak di catitkan kat sini. Pagi tu kami
bangun pagi-pagi lagi nak menikmati pemandangan
"sunrise" - matahari pagi menjelma di ufuk timur pantai.



Kam jogging ramai-ramai di pesisir pantai, sambil
berlari dalam air pantai yang cetek. Tak rasa sejuk
langsung.
...............................








Kami lepak sekejap di Rantau Abang melawat
tempat pembiakan penyu.

- Bawah ni foto Along dan AIR TUAK nye. " Air NIRA KELAPA".





Lepas tu kami singgah di Teluk Rantau Abang
sambil bergambar kenang-kenangan.