Showing posts with label Catatan Kami. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kami. Show all posts

Monday, 19 September 2011

Pesta Mandi Pantai Teluk Batik, Lumut

Kami ke Teluk Batik, Lumut sempena cuti Malaysia + Merdeka.
Berpesta mandi di Pantai Teluk Batik selama 2 hari.
Meriah sekali.....

Kebetulan dapat bersama keluarga Abang Madi
dan Bang Chik. Penuh lah geng kami bersama Puteri, Ayu,
Izat, Ifan dan lain-lain.

Bersama Ifan.

Puteri dan Ayu sekeluarga sedang berenang.


Abang Amir sedang mencari ubur-ubur.
Cian die... kena gigit ubur-ubur kat kaki.
Bahaya kalau terkena ubur-ubur ni, boleh
jadi bengkak dan sakit.
Racunnya tersangat TOKSID.


Tasya, Ayu dan Abang Amir beraksi.

Mengangkut pasir dengan Ifan.









Berehat sekejap.


Kaki ku terluka, di kejar ombak.

Ok, kami pi shopping dulu.....







Salam cuti-cuti dari Tasya......

Monday, 14 March 2011

Majlis Akad Nikah Zuhairi Zahari, Renok Baru

Tarikh: 11th March 2011
Lokasi: Masjid Renok Baru, Gua Musang
Kelantan
Hari: Jumaat Malam
Waktu: Selepas Solat Isyak
Masa: 9.00 pm
Tamat: 11.00 pm




Kami tiba di Masjid Renok Baru jam 9 malam dalam
keadaan hujan yang masih lebat. Solat Isyak baru saja selesai.
Rombongan pengantin lelaki dan perempuan telah pun tiba
di Masjid lebih awal.
Selepas solat isyak, Tok Imam balik ke pejabat  mengambil
fail Nikah Kahwin.


Majlis bermula lebih kurang 9.20 malam dengan mengambil
pengenalan dari kedua pihak, saksi-saksi dan dokumen
yang berkaitan.

Photo - Tok Imam sedang meneliti dokumen-dokumen pendaftaran.
Pengantin Lelaki, Zuhairi kelihatan amat tenang.

Kat bawah ni, Tasya ngan Mama sedang bersembang ngan
Ayah Cik, Ciku 2, sambil menunggu Tok Iman mengisi borang..

Photo - Bapa Pengantin Lelaki.
Merenung masa depan bakal Pengantin Baru.
Tok Iman belum selesai lagi megisi borang.


Selesai Upacara Akad Nikah dengan sekali lafaz.
Tok Iman sedang membaca Khutbah Kahwin.




Ayah Ngah bersama besan baru.


Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat dan pengantin
lelaki bersalaman dengan Tok Imam serta para hadirin.

Majlis selesai pukul 11 lebih dan hujan masih lagi lebat.
Kesemua rombongan bertolak ke rumah pengantin perempuan
untuk jamuan makan malam.

Monday, 1 November 2010

Abang Amir dah nak CUTI sekolah

Semalam Mama dah pack buku-buku
sekolah abang Amir. Semua buku TEKS
abang kena antar balik ke sekolah. Ni buku
pinjaman, jadi bagi murid baru pakai pulak
tahun depan. Abang Amir jaga elok2 buku dia.
Macam baru lagi.






Teruk lah sikit hari ni abang kena pikul beg.
Berat tau.... kesian Tasya tengok abang sampai
tersengek-sengek belakang dia.
Tahun depan nanti dah masuk darjah dua.
Masuk kelas baru lah.... Exam dah habis
minggu lepas. Abang cakap semuanya beres.
Mesti dapat A plus-plus. Dapat lah masuk
kelas yang terbaik.




Tasya pun nak masuk sekolah juga tahun
depan ni. Mama dan abah dah ronda-ronda
ari tu cari sekolah kat Tasya. Tapi belum konfim
yang mana satu pasal nak dapatkan yang OK dan
sesuai ngan Tasya.


Bulan depan kot, baru abah daftarkan nama
Tasya. Abang Amir pulak, abah dah carikan
bas sekolah untuk tahun depan. Kesian kat
Mama kena ulang alik antar Tasya dan Abang.
Penat betul mama, sampai tak sempat nak lunch.
Banyak yang dah Mama korban kat kami semua.
Tak terbalas budi Mama. Tasya memang SAYANG kat Mama dan semua keluarga Tasya.




OK, enjoy lah foto masa Tasya melawat Abang AMIR
KAT SEKOLAH NYA.
Ramai betul kawan-kawan dan semuanya baik-baik
dan mesra dengan Tasya.


Wassalam dari Tasya.

Tuesday, 26 October 2010

Suara Tasya macam Siti Norhaliza

Hi,
Kelmarin abah balik awal. Lepas lunch abah dah sampai.
Tasya gembira betul dan "seronok-seronok".
Macam Upin Ipin cakap tu.




Abah tanya Tasya pasal apa suara Tasya serak-serak.
"Tak ada apa lah abah" Jawab Tasya macam biasa.
Lepas tu abah bawa Tasya pi kedai, Tasya dahaga betul.



"Tasya nak ais krim la abah"
Abah perasan yang suara Tasya macam Siti Nurhaliza ni,
pi pulak tepon mama kat ofis. Minta permission lah tuuuu....
Leceh lah abah ni!!!!


Apa lagi, melepas lah Tasya tak merasa aiskrim. Kata mama
Tasya nak demam selsema. Semalam batuk-batuk dan bersin.
Aiskrim ni "is a big NO NO".
Lalu Abah pun amik minuman favourite Tasya lah. "MILO".









Lepas kami sampai rumah, Abah terus ke peti ais amik ubat
kat kat Tasya. Banyak sungguh stoknye.. Orange, merah, pink,
black dan kuning. Eh, campur campur pulak, kira bayak betul lahhh
dalam dua bekas tu. Semuanya Tasya tak mahu makan.
Bukan sedap pun. Tapi lepas abah bodek nak bawak Tasya
pi taman main bola pink Tasya tu, Tasya pun OK bersetuju.

Semua jenis Tasya minum.Ubat selsema, ubat demam,
ubat batuk, vitamin dan lagi satu tu yang agak teruk sikit.
Warna pun putih dan merah jambu gitu.....
Tasya suruh abah makan sekali, baru lah adil.

Lepas tu kami terus ke taman. Syok nye.
Tasya main buai dulu. Suruh abah tolak laju-laju.
Seronok wooiiiiiii...
Tengok lah foto Tasya tuuuu...

Satu foto tu masa Mama gunting rambut abang.
Mama Tasya ni terorrr oooii!!!!
Serba boleh.
Hansom kan abang Amir tu.....

Bye, baieee...

Wednesday, 6 October 2010

Abang Isan Bertunang - Merbuk, Kaki Gunung Jerai

Ada catatan baru dari Tasya.
Tetamu istimewa dari Negeri Cik Siti Wan Kembang
berkunjung ke rumah Tasya seminggu lepas Raya.
Orang Tok Guru ni tau,  dan rapat dengan Istana
Kelantan jugak. Mesti banyak crita baru yang
boleh Tasya tanya. Tasya pun selalu balik pi
Kota Bharu. Shopping lah, apa lagi........







Tasya meraikan rombongan keluarga Ayah Chik dari
Gua Musang semasa Abah dan Mama masih lagi dalam
cuti panjang sempena Aidifitri. Jadi Mama masih
berpeluang menyediakan resepi-resepi masakan Mama
yang lazat dan berselera.
Seronok betul lah Mama kali ni. Maklum lah dah agak
lama dia orang tak menjenguk ke sini.





Tasya pun dapat jumpa ngan Kak Ila, Abang Isan
dan sekeluarga serta ramai lagi sedara-sdara yang
sebelah Abah dan Ayah Chik.
Keluarga Ayah Nik pun mai jugak tapi Kak Yuyi
dah pi ke Johor, tak dapat ikut. Kami pun ada
kat sana masa kenduri Kak Yuyi dulu. Sebelum tu
kenduri Abang Izi. Sakan depa buat, besar-
besaran, siap dengan silat lagi.



Tapi kali ni, buat simple je untuk Abang Isan.
Baru nak bertunang. Kendurinya mungkin
tahun depan kot, belah keluarga Ayah Cik.



Tasya nak cerita banyak pun tak larat. Jadi Tasya
sertakan foto untuk kenangan. Banyak juga gosip
yang dia orang cakap sepanjang tiga empat hari di sini.
Seronok betul lah, rasa macam sekejap aje....

Thursday, 16 September 2010

Ke Pantai Bersih di Hari Jadi Abang Amir

Happy Birthday Abang Amir.

Sempena Hari jadi Abang Amir, Tasya ajak abah
pi ronda kat tepi pantai. Dari semalam lagi Tasya
suruh abah bawa pi pantai. Tasya kata kalau abah
bawa Tasya pi pantai, Tasya akan belanja abah
makan Piza.





Hari ni pagi-pagi lagi Abah dah bertolak.
Abang Amir tak sempat bangun pun lagi.
Tapi Tasya dah bangun awal dan siap
sarapan pagi. Nasi himpit cecah dengan
kuah gulai ayam dan rendang daging, baki
dari Raya.



Cuaca agak mendung dan hujan di pertengahan perjalanan
kami. Nasib baik tak lama dan semasa kami tiba
di Pantai Bersih, matahari kembali terang.
Di kampung nelayan, kami jumpa ramai uncle-uncle
sedang berehat ambil angin pagi dan mengemas peralatan
menangkap ikan. Jaring, bot, kotak ikan dan lain-lain.
Tenang betul air muka mereka sambil senyum kat Tasya.
Kami bergambar atas bot nelayan mereka lah...



Dari sini, kami dapat lihat pemandangan Pulau Pinang.
Nampak Komtar dan bangunan-bangunan tinggi kat
GeorgeTown.
Kemudian Abang Amir ajak abah pi ronda kat tepi
pantai. Tasya nak main ombak dan korek pasir.
Abang Amir suka kutip kulit kerang dan batu yang
cantik. Katanya nak bubuh dalam akuarium mama
nanti. Pasir pantai kat sini boleh tahan lah. Nak kata
bersih macam nama tempat ni, tak adalah sangat.



Yang paling Tasya seronok ialah dapat dengar
bunyi ombak menghempas pantai. Tak penat pulak
mereka memukul pantai tanpa henti.

Tak terasa masa cepat betul berlari. Tau-tau dah pun
tengah hari dan cuaca agak panas. Nanti terbakar pulak
kulit Tasya.

Sapa-sapa yang nak mai tengok, boleh tapi dinasihatkan
jangan main air laut. Kualitinya agak teruk, nanti gatal
kulit pasal banyak bahan kimia yang terlepas ke laut
dari kawasan industri yang berdekatan.
Oh, ni Tasya jumpa jet fighter kat tepi jalan.
Depan TUDM lagi....

Tasya pi dulu...... tak tahan lah PANASSSSSS.