Monday 14 March 2011

Majlis Akad Nikah Zuhairi Zahari, Renok Baru

Tarikh: 11th March 2011
Lokasi: Masjid Renok Baru, Gua Musang
Kelantan
Hari: Jumaat Malam
Waktu: Selepas Solat Isyak
Masa: 9.00 pm
Tamat: 11.00 pm




Kami tiba di Masjid Renok Baru jam 9 malam dalam
keadaan hujan yang masih lebat. Solat Isyak baru saja selesai.
Rombongan pengantin lelaki dan perempuan telah pun tiba
di Masjid lebih awal.
Selepas solat isyak, Tok Imam balik ke pejabat  mengambil
fail Nikah Kahwin.


Majlis bermula lebih kurang 9.20 malam dengan mengambil
pengenalan dari kedua pihak, saksi-saksi dan dokumen
yang berkaitan.

Photo - Tok Imam sedang meneliti dokumen-dokumen pendaftaran.
Pengantin Lelaki, Zuhairi kelihatan amat tenang.

Kat bawah ni, Tasya ngan Mama sedang bersembang ngan
Ayah Cik, Ciku 2, sambil menunggu Tok Iman mengisi borang..

Photo - Bapa Pengantin Lelaki.
Merenung masa depan bakal Pengantin Baru.
Tok Iman belum selesai lagi megisi borang.


Selesai Upacara Akad Nikah dengan sekali lafaz.
Tok Iman sedang membaca Khutbah Kahwin.




Ayah Ngah bersama besan baru.


Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat dan pengantin
lelaki bersalaman dengan Tok Imam serta para hadirin.

Majlis selesai pukul 11 lebih dan hujan masih lagi lebat.
Kesemua rombongan bertolak ke rumah pengantin perempuan
untuk jamuan makan malam.

No comments:

Post a Comment