Showing posts with label Ke KL. Show all posts
Showing posts with label Ke KL. Show all posts

Monday, 28 February 2011

Dinner at Station 21

Hari ni, Along dah mula kembali belajar
di Sydney. Dua hari lepas kami semua
pi KL antar Along. Hari tu tarikh Birthday Along.
Sibuk sampai terlupa nak wish Happy Birthday
dan potong kek. Siannn kat Along.



- Ni kat Cafe 1 Malaysia, Dengkil.

Angah tak dapat ikut kerana diaada kelas.
Hari Khamis malam bertolak.
Masa tu kami berdua tengah syok tido. Bila jaga,
rupanya, abah dah sampai kat Tapah.

Kami mandi kat Jalan Duta pukul 6 pagi.
Tapi Tasya basuh muka je, pasal sejuk. 
Lepas tu kami pi ke umah kawan along
kat Taman Melati. Sempat jugak Tasya
berehat dan main dengan kucing.





Flight along tengah hari, jadi kami
terpaksa bergegas takut jalan sesak
dan jem. Maklum lah kat KEY EL ni
dah jadi budaya orang kita, habiskan
masa dan duit kat jalan raya.

Kuat nye Abang, tarikkkkk... Berat tu!!




Sampai airport, kami celeberate birthday
Along dengan makan ais krim.






Bila dah selesai "check in" dan peluk
cium ngan along, kami pun beredar
ke KL lah, mama nak pi shopping pulak.

Shopping ni tak yah cita lah, macam selalu je....
Beli barang mama kat IKEA, beli baju
"skirt" untuk Tasya dan baju CANADA kat
abang Amir.

Yang paling best Tasya nak cita adalah
pasal abah bawa kami pi dinner kat tempat baru.
Makan steak......

 - Steak dia memang best, licin lah kami makan... sehingga menjilat jari


 - " Tasya nak lagi, ada tak???"

 - Ni lah kat Station 21 tu...

 - Siap ada jagung rebus sekali.

Petang tu hujan lebat betul. Nak keluar pun
tak boleh. Sesak merata tempat, jadi kami
melepak kat "The CURVE"  je.
Pukul 6 baru kami keluar. Nak cari Bank Rakyat,
pasal angah nak pakai duit. Yang seronok tu,
plan nak pi Kg Baru, ikut jalan Penchala Link,
sesak, cari susur ke Gombak pun jem gila.
Akhirnya jumpa susur ke Jalan Kuching.
Masuk je terus mengiaauuu...... tak bergerak.
Satu jam merangkak.

Ubah pelan, masuk NKVE terus ke Bangsar.
Lega pasal line clear. Tapi nasib tak baik pasal
Bank Rakyat di sini kunci mesin ATM masuk
duit dalam kaunter bank. Kedekut punya bank.
Nasib baik, abah tanya orang kat situ yang
ibu pejabatnya kat Bank Negara tu buka.

Kami pun terus pi "dinner" lah kerana semua
orang dah lapar dan penat. Tasya ode Milo
dan Abang order Teh Ais. Mama, abah
ode Australian Steak, dan Tasya ngan abang
makan Fish N Chip.

Wah, boleh tahan lahhhh........
Nak tahu rasanya????????,...
pi lah sendiri kat Station 21.

OK lah, kami kena pi bank in duit
kat angah pulak. Dah lewat ni.

Malam tu, hujan tak berhenti.
Sepanjang malam lebat, nasib baik
pi kat Bank Negara tu dekat je.

Wednesday, 8 December 2010

Amir dan Tasya ke KL amik Along, sarapan di Genting Sempah

Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke KL.
Abah angkat masuk kereta masa kami tengah lena.
Pukul 2 pagi, mana tak syok nye tidor.







Tasya ngan abang sikit pun tak sedar. Tapi
abah cakap Tasya buka mata dan tanya abah
nak pi mana. Abah cakap pi amik Along lah..




Kami terjaga bila abah dah sampai kat Tapah.
Kami mandi dan salin baju kat R&R Tapah
selepas abah solat subuh ngan Angah di surau
PLUS hi-way Tapah.

- Ni Foto kami semasa baru siap mandi dan salin baju.


Lepas selesai bersolek dan rasa segar dalam kesejukan,
kami pun pi ke gerai untuk breakfast ramai-ramai.
Pagi-pagi pun orang dah ramai kat sini.
Maklum lah di musim cuti sekolah ni,
semua orang bawa famili makan angin.



Bila dah kenyang, kami terus beredar dan abah singgah isi petrol kat
Stesen Petronas. Udara waktu pagi ni amat sejuk dan kabus pagi
mengabui pandangan kiri kanan.

- Tengok foto Along tu, bukan main seronoknya dia dapat jumpa
ngan Tasya dan Abang Amir. Ngan kami semua lahhhh......



Kami tiba kat tempat Along pukul 8 pagi.
Along tak bangun tidor pun lagi. Sempat
lah Tasya pi main kat taman dulu. Naik
buai dan main gelungsur.

Nampak aje Along, Tasya terus pelok Along.
Mama pun sama jugak. Lega betul rasa nya.......
Rindunya kat Along.
Along nampak putih berseri....



Pukul 8.30, kami bertolak ke arah Karak menghala ke Timur,
keluar dari KL untuk sarapant ngan Along pulak.
Along belum makan lagi. Kami singgah
kat Genting Sempah, Bukit Tinggi untuk sarapan.
Kawasan nya dekat jalan nak pi Genting.
Sejuk betul kat sini macam kat London pulak.



Lepas tu kami menuju ke Lebuh Raya Pantai
Timur menuju ke Kuatan.