Saturday 30 January 2010

Aktiviti Hujung Minggu Ini

Selamat Hujung Minggu,
Hari minggu ni selalunya kami pi jogging kat taman sambil
bermain. Kat taman ni ada macam-macam kemudahan yang
disediakan.


  


Ada buai, ada, gelongsor, ada tempat mendaki, ada terowong,
ada tali memanjat, ada kolam, ada trek jogging, ada tempat
senaman tapak kaki dan macam-macam lagi.

 

 

Mulanya kami jogging setengah jam bersama abah. Kadang-kadang
mama, along dan angah pun join sama. Setelah penat dan badan berpeluh
kami relaks sambil main buai. syoknya main buai pasal abah tolak laju-laju.

Abang Amir suka main panjat-panjat dan gelongsor. Ada jugak dia berlagak
macam pemandu keta F1, buat driff sana-sini. Riadah kami biasanya tamat
hampir tengah hari.
Abah akan pi beli aiskrim dan air orange kat kami. Dulu Tasya ni minat
minum vitagen. Sekarang ni dah tukar ngan milo dan 100 plus.


 


Foto yang last ni, kami naik keta kerengga kat umah. Kami main keta
ni belah petang sambil lepak-lepak minum petang ngan mama dan
abah. Kekadang tu, ikut lumba basikal dengan kawan-kawan sebelah
rumah. Seronoknya kami.
Mai lah main sama kami.
Jumpa lagi.

"Bookmark link ke BLOG TASYA tauuu......!!!"


Friday 29 January 2010

Our Paintings - Lukisan Kami

Selamat Berkunjung lagi,

Kat bawah ni adalah lukisan-lukisan yang kami buat sama-sama.
Abang yang paling banyak. Tasya acah-acah sikit aje.
Ada banyak lagi yang dah kami conteng. Yang lain tu dah
terkoyak dan abah tak semnpat nak amik foto.





Abah cakap lukisan ni semuanya cantik. Kalau Tasya rajin
nanti abah belikan pensil warna yang baru. Cat warna air pun abah
beli jugak. Tiap-tiap kali guna asyik tumpah dan comot merata
tempat. Nasib baik mama spoting.

Tasya pun ada masuk foto kat sekolah abang.
Kawan-kawan kat sini semuanya best belaka.
Ada pulak taman permainan.
Boleh lah lepas tensen sekali-sekala,

Sekarang ni kami dah ubah hobi yang baru.
Nanti kami cerita lain hari.
Mai lah selalu lawat blog Tasya ni.
Boleh kita sama-sama kongsi idea.
TATA TITI dulu.

http://TasyaAmir.blogspot.com

Thursday 28 January 2010

Ini Blog TASYA dan Abang AMIR HAIQAL

Assalamualaikum.... wbkt.

Tasya dengan rasminya telah berjaya mewujudkan
satu blog buat diri TASYA dan abang AMIR.

Nanti Tasya boleh lah buat catitan dan nota mengenai
apa yang kami lalui dan juga apa yang tersirat dalam
kepala kami.

Sapa-sapa yang membuka blog ini di minta tidak
menyalahgunakan apa yang tertulis dan dipaparkan
dalam laman ini nanti.

Blog ini hanya lah sekadar catatan peribadi kami
untuk rujukan buat kami sendiri dari masa ke semasa.

Harap maklum dan sama-sama lah kita gunakan
kecanggihan teknologi masa kini untuk kebaikan
diri kita bersama dan juga sesama manusia.

Wassalam dari TASYA dan AMIR.

http://TasyaAmir.blogspot.com
Tarikh: Jan 2010