Showing posts with label Tasya makan lagi. Show all posts
Showing posts with label Tasya makan lagi. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

Majlis Kenduri Akeqah dan Doa selamat untukTasya

Soalan:
“Ustadz, apakah di syurga itu sifulan bisa menolong
(memberi syafaat kepada) Fulan yg lain?”.
Jawapan:
Ustadz menjawab, “Tentu saja, bisa. Dengan syarat,
si fulan itu sudah di Aqiqah kan”.

Tapi ingat, yang berkewajiban melakukan aqeqah
adalah orang tua kita sendiri.” Selanjutnya, bagaimanakah
kalau orang tua kita tidak mampu dalam membiayai aqeqah.
Solusinya ada dua. Pertama, Biarkan Aqeqah itu tidak terjadi
dan mari sama-sama mengharap maghfirah Allah.
Kedua, jika kebetulan kita memiliki dana untuk aqeqah,
maka serahkan dulu dana itu ke orang tua (sehingga
dana itu menjadi dana milik orang tua). Kemudian
bujuklah orangtua kita untuk melakukan Aqeqah
dengan menggunakan dana tersebut.
Artinya, kita tidak bisa mengakekahkan diri sendiri,
meski kita mampu.
(Di petik dari http://bozzinsksy.wordpress.com)












Monday, 21 February 2011

Kenduri Kahwin di Banggul Besi. Ni bukan Tasya yang Kahwin lah....

Foto-foto yang menarik.
Semuga berbahagia ke anak cucu.
Cuba teka "SIAPA ni"?

Ada lagi kat bawah ni...
Foto Tasya makan masa kenduri.
SEDAP tauuuuu.......

Malam tu Majlis Akad Nikah, buat kat Masjid
Jamuan Dinner, kami makan Gulai Kambing.
Berselera dan masakan paling SEDAP.

Esok nya Tasya cari lagi Gulai Kambing... tapi
abah cakap dah habis. Tasya nangis la.....
Nasib baik jumpa yang baki tengah dok perhangat.



Lepas tu, gotong royong potong daging lembu.
Ramai betul orang datang tolong. Pagi2 dah sampai.
Sarapan ngan nasi minyak berlaukkan sambal
bilis dan ikan kering.

Foto Tukang Masak.
"KEDOHOK"




Ni Tasya, yang suka menyebokkkk!!!.


Dalam pukul 11 pagi, semua nya dah ready.
Nasi dah masak, gulai lembu dah masak.

Yang paling istemewa hari tu adalah AYAM GOLEK.
Masa dia orang proses tu, tak sempat masak
dah sibuk masing-masing nak merasa.








Tasya makan banyak betul hari tu.
Gemuk lah Tasya macam ni......





Foto Penyambut Tamu.
Cute nye!!!


Foto Tuan Rumah.


Kat atas tu adalah KETUA BENTARA.
Sian kat ALong, penat tu. Nak makan pun tak sempat.
Kena cover belakang dan depan. Angkat hidangan, angkat air,
kemas meja, jemput tetamu, angkat pinggan yang kotor,
punggah gulai kawah, dan macm2 kena buat.


Majlis selesai pukul enam petang, tapi tetamu masih
lagi datang.
Selamat Pengantin Baru.
Dari Tasya.

Tuesday, 14 December 2010

Shopping at PASAR PAYANG

Semasa kami sampai di Kuala Terengganu, cuaca agak baik
sekali, redup dan sederhana panas.
Kami LUNCH di tingkat dua PASAR PAYANG.












Along dan Angah order nasi campur.
Abah dan mama macam biasalah, makan bihun sop.
Tasya dan Abang Amir share-share aje ngan Along
dan mama.

Selepas masing-masing dah kenyang, Mama ajak
pi shopping dan ronda-ronda kat tempat pakaian
dan jualan barangan tempatan Terengganu.





Tasya dan abang pi pusing-pusing ngan abah
kat tempat mainan dan barang-barang sourvenier.
Beraneka jenis barangan ada kat sini.
Dari kueh-mueh tradisional - otak-otak, keropok losong,
lekor dan akok, - telur penyu, telur masin, hingga ke
barangan kraf tangan tempatan yang unik dan peralatan
dapur yang di buat dari tembaga.serta perhiasan rumah.






Sebelah petang nya kami ucapkan selamat tinggal kat
Kuala Terengganu dan berlepas ke Negeri Cik Siti
Wan Kembang pula.

Friday, 10 December 2010

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan



 

Kenangan kami di Kuantan.
Kami sampai di Bandar Kuantan hampir tengah hari.
Lepak-lepak kat Dataran dan melawat gerai-gerai jualan
di tapak letak kereta bersebelahan dengan Masjid.




Abah cakap Along dan Angah dah sampai kat sini
sepuluh tahun lepas. Masa tu dia orang pun sebaya ngan
Tasya jugak lah.
Kami berpusing-pusing cari Komplek Teruntum, tapi
tak jumpa. Abah dah tak ingat lah tu. Banyak sangat
dah berlaku perubahan sekarang ni. Jalan pun dah
banyak yang sesak.




Kami tak sempat nak lunch kat sini, pasal Tasya
dah tak sabar nak mandi pantai. Pantai yang bersih
bersih macam yang abah dah janji kat Tasya.

Kami pun menuju ke Cherating.