Wednesday 8 December 2010

Amir dan Tasya ke KL amik Along, sarapan di Genting Sempah

Pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke KL.
Abah angkat masuk kereta masa kami tengah lena.
Pukul 2 pagi, mana tak syok nye tidor.







Tasya ngan abang sikit pun tak sedar. Tapi
abah cakap Tasya buka mata dan tanya abah
nak pi mana. Abah cakap pi amik Along lah..




Kami terjaga bila abah dah sampai kat Tapah.
Kami mandi dan salin baju kat R&R Tapah
selepas abah solat subuh ngan Angah di surau
PLUS hi-way Tapah.

- Ni Foto kami semasa baru siap mandi dan salin baju.


Lepas selesai bersolek dan rasa segar dalam kesejukan,
kami pun pi ke gerai untuk breakfast ramai-ramai.
Pagi-pagi pun orang dah ramai kat sini.
Maklum lah di musim cuti sekolah ni,
semua orang bawa famili makan angin.



Bila dah kenyang, kami terus beredar dan abah singgah isi petrol kat
Stesen Petronas. Udara waktu pagi ni amat sejuk dan kabus pagi
mengabui pandangan kiri kanan.

- Tengok foto Along tu, bukan main seronoknya dia dapat jumpa
ngan Tasya dan Abang Amir. Ngan kami semua lahhhh......



Kami tiba kat tempat Along pukul 8 pagi.
Along tak bangun tidor pun lagi. Sempat
lah Tasya pi main kat taman dulu. Naik
buai dan main gelungsur.

Nampak aje Along, Tasya terus pelok Along.
Mama pun sama jugak. Lega betul rasa nya.......
Rindunya kat Along.
Along nampak putih berseri....



Pukul 8.30, kami bertolak ke arah Karak menghala ke Timur,
keluar dari KL untuk sarapant ngan Along pulak.
Along belum makan lagi. Kami singgah
kat Genting Sempah, Bukit Tinggi untuk sarapan.
Kawasan nya dekat jalan nak pi Genting.
Sejuk betul kat sini macam kat London pulak.



Lepas tu kami menuju ke Lebuh Raya Pantai
Timur menuju ke Kuatan.

No comments:

Post a Comment