Wednesday 18 August 2010

Tujuh Hari Posa - Abang dah main BUNGA API !!!!

Salam Ramadhan,

Hari ni dah cukup puasa 7 hari. Bagi kawan-kawan yang
telah berjaya setakat ni, Tasya ucapkan alhamdulillah.
Tahniah dan doakan terus tabah sehingga akhir Ramadhan.




Malam ni Abang Amir dah main bunga api.
Walaupun masih demam sikit-sikit, tapi dapat
bunga api, dia terus sihat dan baik.

Makan nasi pun tangguh dulu.
Tasya dah habis demam. Dua hari jugak lah, lepas
tu abang ambik alih. Berjangkit lah kot. Selsema ni
senang berjangkit. Lagi pun cuti hari minggu lalu, abah
bawa jalan-jalan dengan motor ke Pendang. Pagi-pagi
masa pi tu okey. Time balik pulak....., punya lah panas.
Esoknya terus demam. Tasya ni sensitif sikit. Tak boleh
kena panas, macam Puteri Lilin kot.




Ok, Tasya dah letih ni. Yalah posa katakan.....

Bagi sapa-sapa yang dah seronok nak rasa main bunga
api, nanti suruh abah hangpa pi beli kat pasar malam.
Tapi ingat-ingat!!!!,  mercun tak boleh. takat bunga api je.
Kalau pegang tu, jangan dok tala kat kawan. Panas tauu,
nanti melecur.
Tolong jangan main mercun, MERBAHAYA...

OK, wasallam dari Tasya.

2 comments: