Saturday, 28 August 2010

Tasya shopping RAYA

Wah hebat nya nak RAYA.
Semua orang pakat gila shopping raya.
Ekonomi dah ok kot!!!!



Tasya pun apa lagi, join sama lah ngan dia orang semua.
Kali ni Angah balik rumah nak shopping juga.
Tetiba aje, lepas buka posa semalam dia muncul buat
suprise kat mama. Katanya dok kolej pun pakai duit
banyak jugak, baik balik weekend kat rumah, boleh
save sikit. Nanti Monday pi lecture balik.
Malam ni Angah dapat Baju Raya, Seluar raya
dan yang paling mahal dan hebat tu ialah kasut Raya Angah.
Jeles Tasya.  Tasya tanya kat mama, Along dapat apa!!!
Mama cakap Along tahun ni Raya kat Sydney ngan
kawan2 dia. Lagi meriah. Tahun depan mama order yang
special kat Along. Sedih Tasya, asyik teringat kat Along.
Nasib baik Along call tadi, kurang sikit rindunya.
Nadanya pun ceria cuma pening ngan kerja kursus yang
melambak katanya.
Tasya selalu miss Along sampai termimpi pulak.




Mama ajak pi shopping raya ni lepas waktu berbuka.
Mama kata baru tak panas dan letih. Pun boleh makan lagi.
Orang tak ramai kot lepas Magrib. Semua pi solat terawih lagi....
Tapi bila dah sampai kat situ, orang sesak jugak. Nak berjalan
pun terhimpit-himpit. Walau pun RAYA masih jauh lagi,
tapi semua orang dah sibuk shopping raya.

Masing-masing berduyun dan berebut nak beli bajulah,
kainlah, langsir lah, alas meja lah, barang hiasan lah.
Kasut dan baju Melayu tu biasalah.
Mama dah tempah sebelum puasa lagi untuk kita
orang semua. Tunggu nak amik aje. Tapi mama join jugak pi
shopping. Last sekali mama dapat beli alas meja.




Tasya beli gitar, nak nyanyi lagu Rock & Roll.
Saja pi menyibuk. Pakaian raya mama dah tempah
untuk satu keluarga. Cuma Angah je yang nak beli
tambah. Beli kasut, beli baju, beli kopiah, beli macam-macam.
Angah lah raya sakan. Bajet kat dia saja dah cecah 200 ingit.

Abang Amir pulak dapat burung Nuri dan sangkar baru.
Burung nya pandai menyanyi. Masa balik dia tak
berenti menyanyi dalam keta.


Tengok air muka Angah tu....
Seronok sampai kat telinga. Semua dapat.
Alhamdulillah, semua orang dapat. Abah aje yang
tak beli. Jadi tukang hulur duit.
OK, buat semua. Jangan boros sangat nanti lepas
RAYA pokai pulak. Biar berpada-pada.

Salam Ramadhan dari Tasya.
See you all on next episode bersama Tasya.

1 comment:

  1. wah besnya..ami je xdpt pa taun ni..huhu sdey2.

    ReplyDelete