Tuesday, 10 August 2010

Esok dah mula POSA

Assalamualaikum semua,

Abah cakap esok dah nak posa.
Tapi mama relax aje, tak pun bersiap apa-apa.
Mungkin malam nanti kot, abah bawa kita orang semua
pi pasar malam beli sayur dan lauk untuk sahur.
Mama pun memang seronok la ni dan tambah rajin
memasak setelah dapat dapur baru.

Tasya ni belum pernah rasa posa lagi sebelum ni.
Jadi tahun ni boleh lah Tasya cuba. Mesti boleh punya!!!

Tapi kenalah belajat dulu syarat-syarat dan adab untuk
berpuasa ni. Malam nanti nak tanya abah....

OK, buat semua kenkawan yang baru merempuh bulan
posa ni, Tasya ucapkan "Selamat Berpuasa".
Jangan lupa niat posa malam nanti. Waktu sahur pun
boleh. Mesti ikhlaskan hati tau....

Salam Ibadah.

1 comment:

  1. hehehe..selamat berposa..jgn tinggal posa plak..

    ReplyDelete