Monday 8 March 2010

Abang kena demam campak ke????

Kesiann nye kat abang Amir.
Dak masuk 3 hari abang AMIR Tasya tak berapa aktif.
Hari Jumaat lepas, abah pi amik ubat demam panas
pasal abang nampak tak bermaya.
Setengah jam lepas makan, abang dah baik.
Petang tu kami boleh main basikal macama biasa dah.
Tapi malam tu abang panas lagi. Makan pun tak selera
walaupun abah beli ayam goreng kegemaran dia.

Tasya pun sedih juga. Tak tahu nak buat cam mana lagi.
Esoknya abah bawa kami ke taman macam biasa. Abang
okey sikit. Boleh jogging dan lompat-lompat.

Tengah hari tu, dah tak okey.
Abah pun bawa pi klinik. Macam-macam ubat doktor bagi.
Ubat demam, ubat kahak, antibiotik dan vitamin. Tasya pun
tumpang makan vitamin tu. Doktor bagi ubat biji. Selalunya
ubat air tapi dia kat abang Amir dah besar.
Mula-mula abang Amir kata boleh makan, lepas tu kali kedua,
dia suruh abah amik ubat air pulak.

Semalam pukul 3 pagi badan abang panas lagi.
Mama cakap mungkin nak kena demam campak kott....
Macam nak naik ruam, nak jadi biji-biji ruam panas.
Pagi ni mama cakap kat Mak Timah suruh amik ubat penawar
demam campak.
Abang tak pi sekolah lagi hari ni kot......
Abah cakap nak pi amik surat cuti dari doktor.

Tasya risau betul. Tasya minta doa supaya abang Amir cepat baik.
Tak seronok lah rasa macam ni. Tasya pun ada kena juga demam
campak ni dulu. Abah suruh Angan pi amik daun semambu.
Boleh buat kurangkan rasa gatal.
Abah letak bawah bantal Tasya, Tasya menjerit tak bagi.
Nak tergelak pulak Tasya. Apasal hah????
Tapi Taysa baik lepas 3-4 hari kemudian.
Pelik dan ajaib!!!

No comments:

Post a Comment