Tuesday 8 June 2010

Mandi Laut dan main ombak kat Pantai Merdeka

Salam sejahtera untuk semua.

Tasya dan Abang Amir kali ini meluangkan masa cuti
di Pantai Merdeka. Dah lama betul kami tak main air laut
dan membuat istana pasir.




Kali ini kami sempat bermain badminton di pagi-pagi
hari kat tepi pantai. Cuaca masih belum panas dan
ramai pengunjung yang berkhemah di sini masih belum
bersarapan lagi.

Lepas habis panaskan badan dan berpeluh, kami pun
terjun ke laut, main ombak. Air kat sini kurang elok
dan agak kotor disebabkan pencemaran alam sekitar.

Tapi setakat nak lepaskan gian tu, boleh lah.



Seronoknya dapat main pelampung dan dlambung oleh
ombak laut ni.
Abang Amir hebat sungguh. Tergolek tiga empat kali.
Abang minum air masin tiga teguk masa di terbalik.



Kat sini pun ada orang memancing jugak.
Ramai kaki pancing berderet kat tebing bersama
alat pancing dan umpan cacing.



Sampai tengah hari, abah dah bising suruh naik. Katanya nanti kulit jadi hitam
kena panas. Kami belum pun puas main lagi.
Terpaksa lah mengalah dan pergi mandi air bersih pulak.

Tandas awam kat sini canggih betul.
Hiasan nya macam rumah banglo, siap dengan langsir lagi.
Lepas cuci badan, kami pun pi makan lunch kat medan selera.

Ok lah jugak kat Pantai Merdeka ni. Kemudahan pun banyak.
Selesa bagi sesiapa yang nak bercuti dan buat camping di sini.
Mungkin lain kali Tasya akan ajak abah mai lagi.

Salam ceria dari Tasya.

2 comments:

  1. mirul xikot ke?wahh..besnya..pntai mdeka pn dh nmpk ok sket dr dlu..

    ReplyDelete
  2. Angah luka belum baik. Dia tak nak ikut.

    ReplyDelete