Monday 13 September 2010

Ramai nye datang beraya rumah Tasya - Aidilfitri 4

Aaaaa.... lagi foto RAYA.
Raya ke 2 tu Uncle Aki dari KL dengan keluarga mertua
dari Jeneri, Dua biji keta singgah sebelum depa pi Kulim.
Tapi abah lupa amik foto pulakkk..
Raya ke 3 kemarin, Mama pi Alumni di Pendang.
Majlis Raya Murid Lama Sekolah Menengah Pendang.
Sila rujuk Facebook.

Yang bawah ni Tasya beraya ngan Mak Timah, Abah Motor dan
keluarga Kak Mar. Ramai yang mai, penuh rumah Tasya
Keluarga Kak Mar dari N9 (Nagori) pun ada sama.



Hari ni Mama masak special lagi.
Nasi Briani berlauk udang BeSAAARRR...
Mee Huunnn goreng pun ada, ditambah dengan nasi himpit,
kuah kacang, Gulai kari Ayamm hmhmmm....lagi dan lagi.



Foto atas tu Abang Amir, Tasya dan Abang Firdaus.
Kat bawah ni foto Tasya bersama Kak Mar.
















Tengah harinya, satu pejabat kawan Mama mai lunch
sambil beraya. Big Boss, ssmall boSS, manager dan staff
staff mama yang lain pun ikut sama. Tak menang tangan mama.
Tak sempat pun mama nak lepak dan lelap mata, ada tetamu lagi.

Walau apa pun, Tasya tengok raut wajah mama ceria betul.
Ramai kawan dia puji dapur baru mama dan susun atur setty
mama untuk raya ni. Semuanya BaaRRuuu..



Petang baru habis tugas Mama.
Tu pun tak sempat nak rehat jugak pasal kena
kmas dan basuh pinggan mangkuk pulak.

OK lah, Tasya kena pi tolong Mama dulu.
Lepas ni nak kira duit RAYA dah.
Abang Amir dapat RM9 ratus lebihhh...
See you later.

1 comment:

  1. wah2..meriahnya..mama msti happy kan..haha..amir dapat 900 lbey?bnyknya..kalah ami time kecik2 dlu..tp msti abah yg smpan kan 900 tu..ahaha..dh tau dh..apa2 pn..slmt hari raya..nnti ami balik nak rasa suma masakan mama..jgn lupa tau..haha

    ReplyDelete