Monday 21 March 2011

Selamat Pengantin Baru buat Nurul Amira

Ni lah dia suasana bersanding dan
santapan diRAJA.
Meriah sungguh, biarpun pengantin tiba
dalam hujan yang lebat di iringi oleh
kumpulan silat jemputan.





Dalam khemah, penuh dengan tetamu dam rombongan
pengantin menjamu hidangan yang lazat dan beraneka.
Hadirin di meriahkan dengan hiburan dan celoteh
dari pengacara jemputan khas dari
RTM Kedah dan kumpulan silat tempatan.






Laluan tetamu dan tempat hidangan di penuhi air banjir dan melimpah hingga ke tempat masakan.
Namun acara tetap meriah dan tetamu kesemuanya
berpuas hati dengan layanan dan masakan panas
ayam goreng dan gulai daging serta laksa dan bubur
kacang.
Selamat Pengantin Baru.

Saturday 19 March 2011

Last week Kenduri di Jelawat, Esok kat Taman Ria.

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia




Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi




Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

Monday 14 March 2011

Majlis Akad Nikah Zuhairi Zahari, Renok Baru

Tarikh: 11th March 2011
Lokasi: Masjid Renok Baru, Gua Musang
Kelantan
Hari: Jumaat Malam
Waktu: Selepas Solat Isyak
Masa: 9.00 pm
Tamat: 11.00 pm




Kami tiba di Masjid Renok Baru jam 9 malam dalam
keadaan hujan yang masih lebat. Solat Isyak baru saja selesai.
Rombongan pengantin lelaki dan perempuan telah pun tiba
di Masjid lebih awal.
Selepas solat isyak, Tok Imam balik ke pejabat  mengambil
fail Nikah Kahwin.


Majlis bermula lebih kurang 9.20 malam dengan mengambil
pengenalan dari kedua pihak, saksi-saksi dan dokumen
yang berkaitan.

Photo - Tok Imam sedang meneliti dokumen-dokumen pendaftaran.
Pengantin Lelaki, Zuhairi kelihatan amat tenang.

Kat bawah ni, Tasya ngan Mama sedang bersembang ngan
Ayah Cik, Ciku 2, sambil menunggu Tok Iman mengisi borang..

Photo - Bapa Pengantin Lelaki.
Merenung masa depan bakal Pengantin Baru.
Tok Iman belum selesai lagi megisi borang.


Selesai Upacara Akad Nikah dengan sekali lafaz.
Tok Iman sedang membaca Khutbah Kahwin.




Ayah Ngah bersama besan baru.


Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat dan pengantin
lelaki bersalaman dengan Tok Imam serta para hadirin.

Majlis selesai pukul 11 lebih dan hujan masih lagi lebat.
Kesemua rombongan bertolak ke rumah pengantin perempuan
untuk jamuan makan malam.

Friday 4 March 2011

My Brothers - So KAMCING ooooo

Look at my brothers.
What do you think of them?
So good, happy and cheerful isn't it?
You will never know that they will even fight
with each other.
How sweet they are !!!



But wait!!!!
Look at this 2nd photo.

 

Angah was throwing the spannar at Along.
Seconds after that came the loud screaming
from Along. The rest now became the history
and sweet memory for times to come.
There are many more stories about my brothers,
sad, sweet, suspense, scary, frighten, and nostalgic
as was told by Dad and Mum.

Now, they are getting more educated and learned men.
Closer and stronger to lead a better future.
Good luck and may God bless you all.
From your Loving Sister.