Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Monday, 9 July 2012

Mari Mengecat Rumah


Dah nak masuk bulan Ramadhan ni....
Tak lama lagi berpuasa lah kita.

Jadi waktu lapang ni, kami mulakan persiapan
untuk menyambut bulan mulia ni dengan
menceriakan dan menambah seri rumah kami
dengan aktiviti mengecat rumah.


Abang Amir yang paling hebat dan bersemangat.












Tuesday, 5 June 2012

Koleksi Pangkor

Kami bercuti lagi.
Kali ini kami dan rombongan pejabat mama bersantai ke Pulau Pangkor.
Semuanya meriah dan menarik dengan cuaca yang baik dan suasana
yang amat ceria kerana dapat ramai kawan baru.












Awal-awal pagi lagi kami dah bertolak dengan rombongan tiga biji bas.
Sehari sebelum tu, mama bawa kami pi shopping dulu. Beli pelampung,
google, baju renang, dan macam-macam.

Tiba di feri Lumut dah tengah hari. Bersesak-sesak orang berebut
dan mai melancung kat sini. Nasib baik kami ada special booking untuk feri.
Tak lah Q panjang.

Tiba di Pulau, elok-elok masa untuk lunch, berehat dan mandi kolam.......




Lepas tu..... RONDA.empat-tempat bersejara
Banyak tempat bersejarah di sini.........
Ada Kota Belanda, Kuil China dan kilang proses ikan dan lain-lain
tempat menarik boleh dilawati.






Paling best adalah dapat main pasir kat pantai.








Dua hari kami kat sini.
Esok nya lepas lunch, kami pun berangkat pulang.....

Kulit hitam sikit je......



Bye.....





Saturday, 26 November 2011

Ke Funfare di musim cuti sekolah, naik Bullet Train, Eye of London, Top Gun etc

Cuti dah BERMule.......
Kami berseronok dengan abang-abang kami.
Tu la bestnye kalau ada ramai abang.

Satu yang understanding, satu yang sporting, satu lagi suka menyangat....
Ada juga kadang-kadang mereka ni cengee  melampau.

Ini foto yang sempat di snap shot.
Banyak foto yang tak menjadi pasal abah tak tahu nak setting.
Abah baru belajar guna kamera Iphone mama.


Kat atas tu, masa kami naik kapal angkasa. Kami pi berlepas sejurus selepas Angkasawan
Sheikh Muzafar balik.


Yang ini pulak, semasa kami menaiki Bullet Train, tapi tak sama dengan Shinkansen kat Tokyo
dan bukannya TGV kat Paris tu. Yang ni ni lebih laju lagii....
Kami nak buat ujian kat landasan berkembar Ipoh ke Padang Besar.

Kami sempat juga menaiki "Eye of London" tapi abah tak sempat nak snap foto.

Lagi pun kami tersangat asyik menikmati pemandangan dari atas keindahan Kota SP.
Bayaran nak naik  "mata" cikenet RM10/srg dewasa.


Yang lain-lain tu, kalau nak main.... kena la 2 token sorang.
Satu token 2 inggit.
Naik main tembak-tembak ke, main ceduk itik ke, main baling-baling ke,
lumba kreta pun ada, nak naik Top Gun dan macam-macam laa....

Nak ikutkan hati, tak balik umah laaaaaaa.



Monday, 29 November 2010

Amir mengisi masa di cuti sekolah

Sekarang ni Abang Amir asyik main bola dan
"game" dengan mengadap PS2 siang malam.


Tengok lah berapa punya seronok dia kalau dah
balik kat rumah.Tak makan pun tak apa.
Abah panggil makan tiga empat kali jemput
makan pun masih tak bergerak dari "game" tu.









Tasya jugak lah yang rajin. Walaupun cuti, tapi mesti study jugak.
Kerja sekolah, hari-hari tak habis nak buat. Abah pun
selalu puji Tasya ni.
Membaca dan menulis mesti kita jadikan HOBI.






Malam kelmarin Angah dah balik. Sampai kat rumah pun dak dekat
2 pagi. Abah pandu perlahan saja pasal hujan lebat. Lagi pun
mama suruh abah ikut lebuh raya ke Ipoh, jadi jauh lah nak sampai.
Kalau ikut Beruas, jalan bengkang bengkuk. Mama allergic, pening

dan muntah pulak. Leceh lah mama ni. Tasya okey aje....


 
















Tasya happy betul. Minggu depan nanti Along pulak balik.
Cukup korum lah kami. Mesti meriah punya .....

Looking for Happy Days and lots of Surprise ahead !!!
Nur Amira Natasya
Amir Haiqal.

Monday, 1 November 2010

Abang Amir dah nak CUTI sekolah

Semalam Mama dah pack buku-buku
sekolah abang Amir. Semua buku TEKS
abang kena antar balik ke sekolah. Ni buku
pinjaman, jadi bagi murid baru pakai pulak
tahun depan. Abang Amir jaga elok2 buku dia.
Macam baru lagi.






Teruk lah sikit hari ni abang kena pikul beg.
Berat tau.... kesian Tasya tengok abang sampai
tersengek-sengek belakang dia.
Tahun depan nanti dah masuk darjah dua.
Masuk kelas baru lah.... Exam dah habis
minggu lepas. Abang cakap semuanya beres.
Mesti dapat A plus-plus. Dapat lah masuk
kelas yang terbaik.




Tasya pun nak masuk sekolah juga tahun
depan ni. Mama dan abah dah ronda-ronda
ari tu cari sekolah kat Tasya. Tapi belum konfim
yang mana satu pasal nak dapatkan yang OK dan
sesuai ngan Tasya.


Bulan depan kot, baru abah daftarkan nama
Tasya. Abang Amir pulak, abah dah carikan
bas sekolah untuk tahun depan. Kesian kat
Mama kena ulang alik antar Tasya dan Abang.
Penat betul mama, sampai tak sempat nak lunch.
Banyak yang dah Mama korban kat kami semua.
Tak terbalas budi Mama. Tasya memang SAYANG kat Mama dan semua keluarga Tasya.




OK, enjoy lah foto masa Tasya melawat Abang AMIR
KAT SEKOLAH NYA.
Ramai betul kawan-kawan dan semuanya baik-baik
dan mesra dengan Tasya.


Wassalam dari Tasya.

Saturday, 11 September 2010

Dah RAYA punnn - 1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Hari ni dah Raya pun, Sat aje dah abis sebulan posa.
Mama masak banyak betul, bukan takat kueh mueh jeee
siap dengan ketupat, rendang, gulai ayam, daging dan perut.
Mama boleh buat banyak tu, pasal Tasya tolong sekali.
Angah, sorry lah nak tolong. Asyik buat tahi mata aje.




Tasya tolong mama buat kueh dua tiga hari sebelum raya lagi.
Semalam hari last posa, Tasya tolong mama bungkus ketupat pulak.
Penat betul tapi seronok. Seronok... seronok..

Hari ni pulak kami balik kampung. Hari Raya kan,
kita mesti ziarah mnziarahi sanak saudara.
Keta rupaya di hari raya pun bersesak jugak lagi.
Nasib baiklah kampung Tasya dekat. Tapi terpaksa
berderet dan beratur panjang jugak di lebuh raya Gurun
hingga ke Pendang. Lepas tol Pendang lagi kena berderet
dan merangkak sampai ke Pekan Pendang.






Mula-mula kami singgah di rumah Long. Makan ketupat.
Ramai ada, Kak Zakiah dan Abang Yi dari Bandar Baru
pun balik ngan famili dia. Abang Di je balik Kelantan.Lepas tu
Tasya jumpa best pren Tasya, Intan. Abang Amir
pulak yang tidur sepanjang jalan tadi, melompat
bangkit bila dengar kawan dia, Kamil ajak main bola.
Tak sempat makan pun, main dulu.



Abah ngan mama melencung ke rumah Ngah pulak,
makan bihun sop. Tapi Ngah tadak. Kak Shidah dan
Kak Bah saja yang ada. Abah pulak melopong tengok
cita kungfu Cina dia. Tak ada geng nak sembang....
Lepas satu jam lebih kat umah Ngah, abah ajak pi
umah Ndak pulak. Tasya tak nak ikut pasal tak puas
lagi bersama ngan Intan.Tapi mama suruh ikut jugak.
Terpaksalah dalam keberatan, pi lahhh... kata Tasya.
Tak apalah, sebab dah dapat banyak duit Raya Tasya
dan penuh beg baru Tasya. Oh ya, beg raya Tasya ni
ramai betul yang minat tauuuu.... Semua orang tanya beli
kat mana. Tasya cakap, beli kat London lah.

Sampai umah Pak Ndak, semua ada kat sana.
Kak Nah, Kak Yah, Abang Daus. Cuma Iwan
aje yang dah balik kat Tok Wan dia di Perlis.
Abang Det dan Intan pun join sama. Kami pi
main buai dulu......
Abang Daus pulak dok tido lagi. Letih kot...

Lepas Magrib, kami semua pi rumah Pak Lang.
Kat sana, Abang Nipah sekeluarga, Abang Lan
sekeluarga dan Abang Shah pun ada. Cuma Pak
Lang yang belum balik dari Jenun.
Depa masak nasi daging dan Rendang Padang.
Orang rumah abang nipah dari Johor, boleh lah
merasa masakan Johor. Mama kata SEDAPPPP..
Tasya makan masak lemak ayam. Nasi kurang sikit,
jaga badan.Abang Amir habis dua pinggan nasi daging.



Letih betul Tasya hari ni. Dah tak larat.
Foto pun tak sempat nak d/load lagi.
Dah dekat pukul Satu pagi ni.
Nak pi tido dulu.
Esok abah cakap Uncle Aki dari Hulu Kelang
nak mai.Kawan lama abah masa muda-muda
dulu. Kamcing sangat lah tuuu..
Mama kata nak proses Mee Soppp pulak esok
masuk daging fresh. Mesti meletup punya....

OK salam Aidifitri dari Tasya.
Maaf zahir dan batin.
Sebulan kita RAYA tau.....

Monday, 5 July 2010

Tasya ajak pi London, Abah bawa ke Cameron Highlands.

Dua hari Tasya menggigil kesejukan.
Sejuk betul, air mandi pulak macam air dalam peti ais.

Kami menginap di Hotel Brinchang, Cameron Highlands.
Betul-betul macam kat London. Abah kata dia kat Paris dulu
lagi sejuk. Pakai 3 lapis pun tak tahan lagi....



Kami sampai awal lagi. Sekejap aje Tasya tido.
Tapi rasa loya jugak lah pasal abah ikut Simpang Pulai.
Jalannya banyak selekuh dan mendaki. Tiba kat Kg Raja,
Tasya dah tak tahan, muntah terus...... Satu kereta berbau.
Angah kena spray Febreeeeezeeee....

Kami terus pi Hotel kat Brinchang. Lepak dulu pasal Tasya letih
campur seronok. Lepas mandi air panas, Abang Amir nak pi ronda.
Mama ajak pi Tanah Rata Post Office.
Sempatlah abah beli poskad nak hantar kat Along di Sydney.





Banyak tau tempat yang kami pi. Ladang Teh, Ladang Strawberry,
Taman Cactus, Pasar malam Brinchang, makan-makan SteamBoat,
ronda keliling Tanah Rata, Strawberi Tunnels, Taman Rama-rama dll.

Malam tu abah dan angah pusing cari tempak lepak tengok bola,
Brazil dan Holand. Satu screen besar pun tak ada kat Brinchang.
Last sekali, balik tengok kat bilik hotel.

Tasya dan abang amir dah dapat Bola Strawberry, jadi kami main
bola sendiri. Tasya tendang ala Klose, abang Amir jaga gol macam
Julius Ceasar. La ni Tasya sokong German pulak.




Mama shopping sakan jugak. Beli bunga, beli sayur,
beli limau besar, beli strawberi, beli ubi, beli keychain,
beli selendang, macam-macam lagi.

Tasya pun dapat banyak jugak. Beli bola, beli belon tiup,
beli kipas, beli seruling. Abang Amir asyik dengan Bidaman
dia je. Kejap-kejap tembak. Habis berterabur kat bilik hotel.




Kat atas tu, masa kami kat Pasar Pagi di Kea Farm.
Semuanya ada di sini. Dari sayur-sayur, jagung manis,
ubi, carot, kobis, strawberi, limau, payung,
mainan, kain baju, sourvenier, belon, pensil besar, dan epal.
Mama dah kelabu mata, semuanya nak beli. Nak Payung
pun sampai tiga empat kedai tawar harga.
Selendang yang mama pakai tu cantik tak???

Bahagian Tasya kira selesai dahhh......
Tak dapat pi London pun tak apa. Sini pun kira OK jugak.

Jumpa lagi.Salam dari Tasya.