Showing posts with label Beg duit Tasya. Show all posts
Showing posts with label Beg duit Tasya. Show all posts

Monday, 13 September 2010

Ramai nye datang beraya rumah Tasya - Aidilfitri 4

Aaaaa.... lagi foto RAYA.
Raya ke 2 tu Uncle Aki dari KL dengan keluarga mertua
dari Jeneri, Dua biji keta singgah sebelum depa pi Kulim.
Tapi abah lupa amik foto pulakkk..
Raya ke 3 kemarin, Mama pi Alumni di Pendang.
Majlis Raya Murid Lama Sekolah Menengah Pendang.
Sila rujuk Facebook.

Yang bawah ni Tasya beraya ngan Mak Timah, Abah Motor dan
keluarga Kak Mar. Ramai yang mai, penuh rumah Tasya
Keluarga Kak Mar dari N9 (Nagori) pun ada sama.



Hari ni Mama masak special lagi.
Nasi Briani berlauk udang BeSAAARRR...
Mee Huunnn goreng pun ada, ditambah dengan nasi himpit,
kuah kacang, Gulai kari Ayamm hmhmmm....lagi dan lagi.



Foto atas tu Abang Amir, Tasya dan Abang Firdaus.
Kat bawah ni foto Tasya bersama Kak Mar.
















Tengah harinya, satu pejabat kawan Mama mai lunch
sambil beraya. Big Boss, ssmall boSS, manager dan staff
staff mama yang lain pun ikut sama. Tak menang tangan mama.
Tak sempat pun mama nak lepak dan lelap mata, ada tetamu lagi.

Walau apa pun, Tasya tengok raut wajah mama ceria betul.
Ramai kawan dia puji dapur baru mama dan susun atur setty
mama untuk raya ni. Semuanya BaaRRuuu..



Petang baru habis tugas Mama.
Tu pun tak sempat nak rehat jugak pasal kena
kmas dan basuh pinggan mangkuk pulak.

OK lah, Tasya kena pi tolong Mama dulu.
Lepas ni nak kira duit RAYA dah.
Abang Amir dapat RM9 ratus lebihhh...
See you later.

Friday, 12 March 2010

Tasya shopping kat SOGO KL

Tasya lupa nak tarok foto masa Tasya pi shopping kat SOGO.
Apa yang Tasya beli yee..

Ok-ok, Tasya dah ingat balik. Masa tu abah suruh mama pi
beli baju kat Tasya. Turun naik lift dan escalator 3 4 kali cari
tempat baju Tasya.
Angah pulak sibuk nak beli seluar dan baju untuk kelas dia.
Pasal tu lah mama jadi pening. Tambah pulak mama asyik nak
pegi tengok barang dia jugak.




Mula-mula abah ajak naik tingkat atas sekali, Dah nampak
tempat baju dan seluar Angah, abah suruh Angah dan Along
pi sendiri. Abah, abang Amir dan Tasya lepak kat tepi sambil
main dan tengok orang ramai.
Mama pulak pi kat tempat pompuan-pompuan lah...

Haaaa, baru Tasya ingat. Masa dalam keta tu, Tasya suruh abah
beli beg duit kat Tasya. Abah janji masa kat rumah lagi yang
abah nak pi beli kat KL.
Tasya pesan beratus kali dalam keta dan abah kata abah
ingat lah tuuu.... Tiap kali berenti rehat, Tasya peringat kat abah.




Tengok lah kat foto atas tu.
Beg duit baru Tasya lah tu....
Warna pink macam pompuan-pompuan jugak.

Abang Amir pulak beli walet BEN-10.
Sempoi betul.
Dah dapat barang kami, apa lagi. Suruh abah
cepat-cepat keluar lepak kat laman bawah SOGO.
Ramai betul orang kat situ. Tempat duduk dan menenggek
dah penuh berbaris.

Tapi boleh lah lepak kat celah-celah sikit.
Syok sungguh duduk kat sini. Angin tiup tak berenti.
Terbang habis plastik bungkus beg Tasya.
Lama jugak Tasya lepak sambil telek beg baru ngan abang.
Sejam lebih, baru mama dan Along dan Angah datang.

OK jom cauuuuu....kata abah.

Anda tak pi ke KL ke?????
Best tau, BANDARAYA KITE.
IBU KOTA MALAYSIA.
ONE MALAYSIA...