Showing posts with label Family Tasya. Show all posts
Showing posts with label Family Tasya. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Ke Funfare di musim cuti sekolah, naik Bullet Train, Eye of London, Top Gun etc

Cuti dah BERMule.......
Kami berseronok dengan abang-abang kami.
Tu la bestnye kalau ada ramai abang.

Satu yang understanding, satu yang sporting, satu lagi suka menyangat....
Ada juga kadang-kadang mereka ni cengee  melampau.

Ini foto yang sempat di snap shot.
Banyak foto yang tak menjadi pasal abah tak tahu nak setting.
Abah baru belajar guna kamera Iphone mama.


Kat atas tu, masa kami naik kapal angkasa. Kami pi berlepas sejurus selepas Angkasawan
Sheikh Muzafar balik.


Yang ini pulak, semasa kami menaiki Bullet Train, tapi tak sama dengan Shinkansen kat Tokyo
dan bukannya TGV kat Paris tu. Yang ni ni lebih laju lagii....
Kami nak buat ujian kat landasan berkembar Ipoh ke Padang Besar.

Kami sempat juga menaiki "Eye of London" tapi abah tak sempat nak snap foto.

Lagi pun kami tersangat asyik menikmati pemandangan dari atas keindahan Kota SP.
Bayaran nak naik  "mata" cikenet RM10/srg dewasa.


Yang lain-lain tu, kalau nak main.... kena la 2 token sorang.
Satu token 2 inggit.
Naik main tembak-tembak ke, main ceduk itik ke, main baling-baling ke,
lumba kreta pun ada, nak naik Top Gun dan macam-macam laa....

Nak ikutkan hati, tak balik umah laaaaaaa.



Tuesday, 14 September 2010

Aidifitri 5 - Tasya raya ngan Sapuan

Hari ni Tasya raya ngan Sapuan pulak.

Hansom orang nya, tengok foto kat bawah ni.
Nyanyi lagu rock lagi..




Sapuan mai sama ngan Ma dan Abah dia.
Abang Daus dan Kak Yah pun ikut sama.

Kami beraya sama-sama kat laman rumah,
naik basikal, main bola dan berdiskusi.
Lepas tu nyanyi lagu Raya lah...

Sebelum makan, kami sempat berduet
lagu rock. Teror betul Sapuan main gitar.
Tasya ajar lah sikit-sikit.
Mama masak simple je, daging goreng
bawang ala Kelantan, sop sayur dan
ikan sardin. Abang Daus cakap ikan sardin
lah sedap pasal dah muak makan gulai ayam
dan rendang.
Kueh raya ada banyakkkkk lagi...



OK jumpa lagi. Raya ,masih ada tiga minggu
lagi. Sapa lah agaknya nak bertandang ke umah
Tasya lepas ni.
Jemput-jemput......sila-sila.
Wassalam dari Tasya
http://TasyaAmir.blogspot.com

Monday, 14 June 2010

Abah Tasya waktu usia muda

Ni Tasya terjumpa kat album lama.
Foto ni masa abah dok study kat kolej lagi.
Tasya saja masukkan dalam blog buat kenangan.
 Takut nanti foto kelabu asap, dah tak boleh tengok.

Abah muda-muda dulu hansem tau....
Pasal tu mama terpikat kat dia kot.
Rock jugak lahhhh.....


Kat bawah ni, moto GP100 abah.
La ni dah tak ada, abah lelong kat kedai Cina.
Tak larat nak repair kot.

Foto yang last tu, abah dengan arwah Tok Wan masa bagi ayam makan.
Waktu ni Tasya tak ada lagi. Along pun tak sempat jumpa. Tapi kalau
kami balik kampung, kesan sejarah tu masih ada.
Pak menakan dan mak menakan belah abah pun masih ramai lagi
yang menetap di kampung. Cuma kami je yang jenguk setahun sekali.

Nanti Tasya cerita pasal family belah mama Tasya pulak.
Bue-bye dulu.
Wassalam.