Showing posts with label Taman Jubli. Show all posts
Showing posts with label Taman Jubli. Show all posts

Tuesday, 26 October 2010

Suara Tasya macam Siti Norhaliza

Hi,
Kelmarin abah balik awal. Lepas lunch abah dah sampai.
Tasya gembira betul dan "seronok-seronok".
Macam Upin Ipin cakap tu.




Abah tanya Tasya pasal apa suara Tasya serak-serak.
"Tak ada apa lah abah" Jawab Tasya macam biasa.
Lepas tu abah bawa Tasya pi kedai, Tasya dahaga betul.



"Tasya nak ais krim la abah"
Abah perasan yang suara Tasya macam Siti Nurhaliza ni,
pi pulak tepon mama kat ofis. Minta permission lah tuuuu....
Leceh lah abah ni!!!!


Apa lagi, melepas lah Tasya tak merasa aiskrim. Kata mama
Tasya nak demam selsema. Semalam batuk-batuk dan bersin.
Aiskrim ni "is a big NO NO".
Lalu Abah pun amik minuman favourite Tasya lah. "MILO".









Lepas kami sampai rumah, Abah terus ke peti ais amik ubat
kat kat Tasya. Banyak sungguh stoknye.. Orange, merah, pink,
black dan kuning. Eh, campur campur pulak, kira bayak betul lahhh
dalam dua bekas tu. Semuanya Tasya tak mahu makan.
Bukan sedap pun. Tapi lepas abah bodek nak bawak Tasya
pi taman main bola pink Tasya tu, Tasya pun OK bersetuju.

Semua jenis Tasya minum.Ubat selsema, ubat demam,
ubat batuk, vitamin dan lagi satu tu yang agak teruk sikit.
Warna pun putih dan merah jambu gitu.....
Tasya suruh abah makan sekali, baru lah adil.

Lepas tu kami terus ke taman. Syok nye.
Tasya main buai dulu. Suruh abah tolak laju-laju.
Seronok wooiiiiiii...
Tengok lah foto Tasya tuuuu...

Satu foto tu masa Mama gunting rambut abang.
Mama Tasya ni terorrr oooii!!!!
Serba boleh.
Hansom kan abang Amir tu.....

Bye, baieee...

Saturday, 30 January 2010

Aktiviti Hujung Minggu Ini

Selamat Hujung Minggu,
Hari minggu ni selalunya kami pi jogging kat taman sambil
bermain. Kat taman ni ada macam-macam kemudahan yang
disediakan.


  


Ada buai, ada, gelongsor, ada tempat mendaki, ada terowong,
ada tali memanjat, ada kolam, ada trek jogging, ada tempat
senaman tapak kaki dan macam-macam lagi.

 

 

Mulanya kami jogging setengah jam bersama abah. Kadang-kadang
mama, along dan angah pun join sama. Setelah penat dan badan berpeluh
kami relaks sambil main buai. syoknya main buai pasal abah tolak laju-laju.

Abang Amir suka main panjat-panjat dan gelongsor. Ada jugak dia berlagak
macam pemandu keta F1, buat driff sana-sini. Riadah kami biasanya tamat
hampir tengah hari.
Abah akan pi beli aiskrim dan air orange kat kami. Dulu Tasya ni minat
minum vitagen. Sekarang ni dah tukar ngan milo dan 100 plus.


 


Foto yang last ni, kami naik keta kerengga kat umah. Kami main keta
ni belah petang sambil lepak-lepak minum petang ngan mama dan
abah. Kekadang tu, ikut lumba basikal dengan kawan-kawan sebelah
rumah. Seronoknya kami.
Mai lah main sama kami.
Jumpa lagi.

"Bookmark link ke BLOG TASYA tauuu......!!!"