Showing posts with label Main Buai. Show all posts
Showing posts with label Main Buai. Show all posts

Tuesday, 9 November 2010

Rope Climbing

See...
Tasya in action !!!
This is what they call "Rope Climbing"
It is not only for BOYS, girls also can do!!!!

Anybody want to challenge me??? Come on....


Monday, 10 May 2010

Jogging on Mother's Day

Eppy Mother's Day untuk mama.

Dua hari lepas, pagi-pagi Tasya dah bangun ni.
Cari-cari abah, rupanya abah tengah solat subuh.
Lega......
Ingatkan abah dah pi tadi, tinggalkan Tasya.
Tasya pun mandi awal lah pasal nak ikut abah antar mama.


Tasya pi kejut abang. Suruh mandi
Abang liat sikit. Tido lambat semalam lepas
belanja mama "Happy Mother's Day".
Seronok betul malam tadi. Kami dapat macam-macam.
Abah belikan  "Shrek" sorang satu kat McDonald. Siap
ngan baby dia lagi.

Tengah hari pulak, Mama ajak pi lunch kat "D'BALAK" .
Wah makan lagi. Asyik makan je.....



Petang tu, mama apa lagi.... terpaksa lah pi JOGGING
untuk buang lemak. Lawak betul lah mama ni.
Selalunya tak pernah ikut. Asyik Tasya, abang dan abah aje yang
berjogging ni.
Kat bawah ni lah foto kami mas jogging.
Tau tak ka mana??????






Penat betul dan basah lencun baju kami dengan peluh.
Badan terlalu letih dan dahaga. Nasib baik abah dah
stand-by air 2 botol. Kat dua jam lebih kami berjogging.
OK nanti Tasya sambung lagi.
Kena wish Eppy Birthday kat Angah dulu. Kalau tak
dia kata Tasya tak ingat kat dia pulak........

Bye.

Saturday, 30 January 2010

Aktiviti Hujung Minggu Ini

Selamat Hujung Minggu,
Hari minggu ni selalunya kami pi jogging kat taman sambil
bermain. Kat taman ni ada macam-macam kemudahan yang
disediakan.


  


Ada buai, ada, gelongsor, ada tempat mendaki, ada terowong,
ada tali memanjat, ada kolam, ada trek jogging, ada tempat
senaman tapak kaki dan macam-macam lagi.

 

 

Mulanya kami jogging setengah jam bersama abah. Kadang-kadang
mama, along dan angah pun join sama. Setelah penat dan badan berpeluh
kami relaks sambil main buai. syoknya main buai pasal abah tolak laju-laju.

Abang Amir suka main panjat-panjat dan gelongsor. Ada jugak dia berlagak
macam pemandu keta F1, buat driff sana-sini. Riadah kami biasanya tamat
hampir tengah hari.
Abah akan pi beli aiskrim dan air orange kat kami. Dulu Tasya ni minat
minum vitagen. Sekarang ni dah tukar ngan milo dan 100 plus.


 


Foto yang last ni, kami naik keta kerengga kat umah. Kami main keta
ni belah petang sambil lepak-lepak minum petang ngan mama dan
abah. Kekadang tu, ikut lumba basikal dengan kawan-kawan sebelah
rumah. Seronoknya kami.
Mai lah main sama kami.
Jumpa lagi.

"Bookmark link ke BLOG TASYA tauuu......!!!"