Monday 23 July 2012

Majlis Hari Jadi 2012


Bersama Mama ku yang cantikkkk.



Bersama kenkawan yang ceria.


Hebat nye abang ku...










Selamat Berpuasa.




Wednesday 18 July 2012

Di Ambang Ramadhan

Insya Allah, hari Sabtu nanti bersama lagi kita ke bulan mulia Ramadhan.
Tasya ucapan selamat menyambut Ramadhan buat semua.

Malam tadi kami buat persediaan awal mencuba resepi SUP
kepala Ikan, ala-ala bersahur lah katakan.
Simple aje,......tapi berselera.



Hari-hari sebelum ni, kami masak kerang, masak kari,
masak asam pedas dan kekadang tu beli jugak Sup Gear Box.
Jadi kalau puasa nanti, tak adalah teringin nak beli lauk
banyak-banyak sebab sebelum Ramadah dah merasa semua jenis lauk.



Bukan lah maksud Tasya ni, kalau bulan puasa aje, asyik ingat
makan-makan-makan. Tapi kebiasaan nya orang kita ni, kalau
nak berbuka tu, siang hari di beli macam-macam dan akhirnya
membazir......



Ok, semua dah tau ke niat berpuasa?
Mama kata bulan ni mesti selalu pi Solat Terawih.
Semua kena ikut abah pi surau, lepas selesai berbuka
dan solat Magrib.

Banyak fadhilat di Bulan Ramdhan ni... cuba Google-google
tengok dan belajar. Rajin-rajin mengaji Quran tauuu...

Tasya sedih mengenangkan Along yang kena puasa
sendirian kat Sydney. Sapa lah nak masak kat dia.
Kueh-kueh pun tak sama dengan kat rumah.
Tapi Along dah besar, ok lah jugak. Kalau Tasya
belajar jauh macam Along, tak tau lah cam mana.
Angah dah settle, dah keja pun, alhamdulillah.
Raya nanti berduit lah dia.

Salam Ramadhan buat Along.









Monday 9 July 2012

Mari Mengecat Rumah


Dah nak masuk bulan Ramadhan ni....
Tak lama lagi berpuasa lah kita.

Jadi waktu lapang ni, kami mulakan persiapan
untuk menyambut bulan mulia ni dengan
menceriakan dan menambah seri rumah kami
dengan aktiviti mengecat rumah.


Abang Amir yang paling hebat dan bersemangat.