Tuesday 28 December 2010

Bersama Prof A Razak Mohaideen - 4 MADU The Movie

Kami bersama Pengarah Filem terbaru 4 MADU.
Uncle Prof A Razak Mohaideen.


Saturday 25 December 2010

Merry X'MAS to all friends who celebrate it TODAY

To all friends out there.
Wish you all a Merry Christmas and Happy New Year 2011.
May God bless you.

Peace to the World from Tasya.
Toward a PEACEfull new year 2011.

Wednesday 15 December 2010

The Arts of Photography

The collections of few unique photos from our trip
to East Coast.















We will print and put it in the special frame to display
in our living room.

"The joy will stick to our hearts forever"

Tuesday 14 December 2010

Shopping at PASAR PAYANG

Semasa kami sampai di Kuala Terengganu, cuaca agak baik
sekali, redup dan sederhana panas.
Kami LUNCH di tingkat dua PASAR PAYANG.












Along dan Angah order nasi campur.
Abah dan mama macam biasalah, makan bihun sop.
Tasya dan Abang Amir share-share aje ngan Along
dan mama.

Selepas masing-masing dah kenyang, Mama ajak
pi shopping dan ronda-ronda kat tempat pakaian
dan jualan barangan tempatan Terengganu.





Tasya dan abang pi pusing-pusing ngan abah
kat tempat mainan dan barang-barang sourvenier.
Beraneka jenis barangan ada kat sini.
Dari kueh-mueh tradisional - otak-otak, keropok losong,
lekor dan akok, - telur penyu, telur masin, hingga ke
barangan kraf tangan tempatan yang unik dan peralatan
dapur yang di buat dari tembaga.serta perhiasan rumah.






Sebelah petang nya kami ucapkan selamat tinggal kat
Kuala Terengganu dan berlepas ke Negeri Cik Siti
Wan Kembang pula.

Sunday 12 December 2010

Pusat Pembiakan Penyu di Rantau Abang

Selepas dua hari menikmati suasana Pantai Cherating
- mandi laut, membina istana pasir, berenang dan bersantai
di sepanjang pantai yang bersih dan putih, kami pun beredar
untuk menuju ke Kuala Terengganu pulak.




Oh, cerita kat Pantai Cherating ni ada banyak lagi,
tapi tak sempat nak di catitkan kat sini. Pagi tu kami
bangun pagi-pagi lagi nak menikmati pemandangan
"sunrise" - matahari pagi menjelma di ufuk timur pantai.



Kam jogging ramai-ramai di pesisir pantai, sambil
berlari dalam air pantai yang cetek. Tak rasa sejuk
langsung.
...............................








Kami lepak sekejap di Rantau Abang melawat
tempat pembiakan penyu.

- Bawah ni foto Along dan AIR TUAK nye. " Air NIRA KELAPA".





Lepas tu kami singgah di Teluk Rantau Abang
sambil bergambar kenang-kenangan.







Saturday 11 December 2010

Tasya Amir di Pantai Cherating

Photo-photo kami di Cherating.





No word to describe how happy am I.




"Tasya seronok betul dapat main kat pantai dan mandi laut".










See our photo to share and enjoy the moment we spent with
our family at Cherating Beach.



More photos to come......

Friday 10 December 2010

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan



 

Kenangan kami di Kuantan.
Kami sampai di Bandar Kuantan hampir tengah hari.
Lepak-lepak kat Dataran dan melawat gerai-gerai jualan
di tapak letak kereta bersebelahan dengan Masjid.




Abah cakap Along dan Angah dah sampai kat sini
sepuluh tahun lepas. Masa tu dia orang pun sebaya ngan
Tasya jugak lah.
Kami berpusing-pusing cari Komplek Teruntum, tapi
tak jumpa. Abah dah tak ingat lah tu. Banyak sangat
dah berlaku perubahan sekarang ni. Jalan pun dah
banyak yang sesak.




Kami tak sempat nak lunch kat sini, pasal Tasya
dah tak sabar nak mandi pantai. Pantai yang bersih
bersih macam yang abah dah janji kat Tasya.

Kami pun menuju ke Cherating.