Semasa kami sampai di Kuala Terengganu, cuaca agak baik
sekali, redup dan sederhana panas.
Kami LUNCH di tingkat dua PASAR PAYANG.
Along dan Angah order nasi campur.
Abah dan mama macam biasalah, makan bihun sop.
Tasya dan Abang Amir share-share aje ngan Along
dan mama.
Selepas masing-masing dah kenyang, Mama ajak
pi shopping dan ronda-ronda kat tempat pakaian
dan jualan barangan tempatan Terengganu.
Tasya dan abang pi pusing-pusing ngan abah
kat tempat mainan dan barang-barang sourvenier.
Beraneka jenis barangan ada kat sini.
Dari kueh-mueh tradisional - otak-otak, keropok losong,
lekor dan akok, - telur penyu, telur masin, hingga ke
barangan kraf tangan tempatan yang unik dan peralatan
dapur yang di buat dari tembaga.serta perhiasan rumah.
Sebelah petang nya kami ucapkan selamat tinggal kat
Kuala Terengganu dan berlepas ke Negeri Cik Siti
Wan Kembang pula.
No comments:
Post a Comment