Tuesday 20 July 2010

Happy Birthday to me

Happy Birthday to me.






Wish lah kat Tasya Happy Birthday.
Esok 21hb July adalah hari lahir buat Tasya.
Nyanyi pun okey jugak...
"Happy Birthday to me, happy birthday to me!!!!"

Apalah..... agaknya Tasya akan dapat.
Tak apalah, Tasya dah bersyukur dan alhamdulillah
sepanjang usia ini Tasya bahagaia dan sihat walafiat
dengan anugerah Ilahi yang melimpah ruah.

Tasya sungguh gembira mempunyai keluarga yang
bahagia dan amat menyayangi Tasya.
Tak kira samaada Abah ke, Mama ke, Along ke,
Angah ke, Abang Amir ke dan semua sekali keluarga
Tasya yang terdekat. Semuanya Tasya gembira bersama
mereka. Keluarga belah Long ke, Pak Ndak ke, Abang Det
ke, Abang Madi ke, keluarga belah Ngah pun semuanya
baik-baik belaka dan ramah dengan Tasya.
Tasya suka balik rumah Ngah pasal boleh main dengan
kambing yang comel dan cute.

Abang Daus pun ok, cuma jarang jumpa je pasal dia selalu
aje tidor bila Tasya balik kampung. Kak Nah dan Kak Yah
pun seronok masa Tasya balik. Siap goreng cempedak lagi.
Abang Iwan pun ada. Boleh main sama-sama. Tak lah
boring bila balik.




Foto kat atas tu masa kami balik kampung rumah Pak Ndak.
Dal lama ni, dalam 3 4 tahun kot.....
Seronok betul Abang Amir tiup lilin kek harijadi nya.

OK nanti Along balik Malaysia, Tasya nak celebrate ngan
Along sekali. Baru syok pasal Angah pun ada, semua pun
ada. Tangguh dulu, tak jadi masaalah.

Tapi Abah selalunya ada plan dia sendiri. Tetiba je ada
surprise buat Tasya. Mama pun tahun lepas dah buat grand.
Siap panggil jiran-jiran sekali. Belon penuh rumah.
Mungkin tahun ni tak buat kot. Sian dia... tak larat.


Salam Harijadi dari Tasya.
Wish lah kat Facebook Tasya yeee...
Jumpa lagi.

Monday 5 July 2010

Tasya ajak pi London, Abah bawa ke Cameron Highlands.

Dua hari Tasya menggigil kesejukan.
Sejuk betul, air mandi pulak macam air dalam peti ais.

Kami menginap di Hotel Brinchang, Cameron Highlands.
Betul-betul macam kat London. Abah kata dia kat Paris dulu
lagi sejuk. Pakai 3 lapis pun tak tahan lagi....



Kami sampai awal lagi. Sekejap aje Tasya tido.
Tapi rasa loya jugak lah pasal abah ikut Simpang Pulai.
Jalannya banyak selekuh dan mendaki. Tiba kat Kg Raja,
Tasya dah tak tahan, muntah terus...... Satu kereta berbau.
Angah kena spray Febreeeeezeeee....

Kami terus pi Hotel kat Brinchang. Lepak dulu pasal Tasya letih
campur seronok. Lepas mandi air panas, Abang Amir nak pi ronda.
Mama ajak pi Tanah Rata Post Office.
Sempatlah abah beli poskad nak hantar kat Along di Sydney.





Banyak tau tempat yang kami pi. Ladang Teh, Ladang Strawberry,
Taman Cactus, Pasar malam Brinchang, makan-makan SteamBoat,
ronda keliling Tanah Rata, Strawberi Tunnels, Taman Rama-rama dll.

Malam tu abah dan angah pusing cari tempak lepak tengok bola,
Brazil dan Holand. Satu screen besar pun tak ada kat Brinchang.
Last sekali, balik tengok kat bilik hotel.

Tasya dan abang amir dah dapat Bola Strawberry, jadi kami main
bola sendiri. Tasya tendang ala Klose, abang Amir jaga gol macam
Julius Ceasar. La ni Tasya sokong German pulak.




Mama shopping sakan jugak. Beli bunga, beli sayur,
beli limau besar, beli strawberi, beli ubi, beli keychain,
beli selendang, macam-macam lagi.

Tasya pun dapat banyak jugak. Beli bola, beli belon tiup,
beli kipas, beli seruling. Abang Amir asyik dengan Bidaman
dia je. Kejap-kejap tembak. Habis berterabur kat bilik hotel.




Kat atas tu, masa kami kat Pasar Pagi di Kea Farm.
Semuanya ada di sini. Dari sayur-sayur, jagung manis,
ubi, carot, kobis, strawberi, limau, payung,
mainan, kain baju, sourvenier, belon, pensil besar, dan epal.
Mama dah kelabu mata, semuanya nak beli. Nak Payung
pun sampai tiga empat kedai tawar harga.
Selendang yang mama pakai tu cantik tak???

Bahagian Tasya kira selesai dahhh......
Tak dapat pi London pun tak apa. Sini pun kira OK jugak.

Jumpa lagi.Salam dari Tasya.

Thursday 1 July 2010

Tasya pun tengok BOLA - Paraguay Menang Jepun Kalah

Malam kelmarin kami dinner awal.
Abah beli ayam masak pedas dan nasi lemak.
Pukul 7 dah dinner.
Lepas magrib, mama ajak abah pi tempak mengaji
abang Amir. Kat Jalan Serampang tu, yang
Angah selalu lepak ngan geng dia.
Lama betul mama bersembang, tanya kat Tok
perihal Ustazah lama, kawan lama Lang.
Dulu, Along dan Angah mengaji kat sini lah.



Tasya dah tak sabar dah ni, lambat sangat nak
pi ronda. Tasya tarik tangan abah ke kereta.
Mama pun ikut dan kami pi lah ke pekan.
Abah singgah kat KFC pasal Tasya minta
nak makan kerana nasi lemak tadi tak lalu.

On the way balik, Abah nampak screen besar
dok tayang BOLA. Abah pun masuk parking.
Rupanya kena bayar tiket masuk.
"Dewasa RM1.50, kanak-kanak PERCUMA"
kata abang jaga tu.

Selepas amik teh tarik, kami ke barisan depan sekali.
Orang dah penuh, terpaksa menyelit.
Wowwwww,  hebat sungguh tempatnya


Tasya bukan gheti pun, tapi bila aje "Honda" nak
sumbat gol, semua menjerit " GOAL...GOAL...GOALLLLLL"
ARGHHHHHHHH........................."
tak masuk lah tu.

Tak sempat pun abis masa kedua, Tasya dah muak.
Nak balikkkkkk...sebiji pun tak masuk. 0-0.
Last sekali kat rumah baru tau penalti 5-3.

Best jugak Piala Dunia kali ni. Abah kata kita
tunggu Brazil dan Argentina main pulak
mungkin kat Semi Final minggu depan.
Itu pun kalu dua-dua menang kat QFinal.
Abah kata Mat German dan Holand pun kuat,
tapi bola kan bulat. Tengok lah nanti.

Tasya sokong Argentina lahhh.....
Bye dari Tasya.