Thursday, 1 July 2010

Tasya pun tengok BOLA - Paraguay Menang Jepun Kalah

Malam kelmarin kami dinner awal.
Abah beli ayam masak pedas dan nasi lemak.
Pukul 7 dah dinner.
Lepas magrib, mama ajak abah pi tempak mengaji
abang Amir. Kat Jalan Serampang tu, yang
Angah selalu lepak ngan geng dia.
Lama betul mama bersembang, tanya kat Tok
perihal Ustazah lama, kawan lama Lang.
Dulu, Along dan Angah mengaji kat sini lah.



Tasya dah tak sabar dah ni, lambat sangat nak
pi ronda. Tasya tarik tangan abah ke kereta.
Mama pun ikut dan kami pi lah ke pekan.
Abah singgah kat KFC pasal Tasya minta
nak makan kerana nasi lemak tadi tak lalu.

On the way balik, Abah nampak screen besar
dok tayang BOLA. Abah pun masuk parking.
Rupanya kena bayar tiket masuk.
"Dewasa RM1.50, kanak-kanak PERCUMA"
kata abang jaga tu.

Selepas amik teh tarik, kami ke barisan depan sekali.
Orang dah penuh, terpaksa menyelit.
Wowwwww,  hebat sungguh tempatnya


Tasya bukan gheti pun, tapi bila aje "Honda" nak
sumbat gol, semua menjerit " GOAL...GOAL...GOALLLLLL"
ARGHHHHHHHH........................."
tak masuk lah tu.

Tak sempat pun abis masa kedua, Tasya dah muak.
Nak balikkkkkk...sebiji pun tak masuk. 0-0.
Last sekali kat rumah baru tau penalti 5-3.

Best jugak Piala Dunia kali ni. Abah kata kita
tunggu Brazil dan Argentina main pulak
mungkin kat Semi Final minggu depan.
Itu pun kalu dua-dua menang kat QFinal.
Abah kata Mat German dan Holand pun kuat,
tapi bola kan bulat. Tengok lah nanti.

Tasya sokong Argentina lahhh.....
Bye dari Tasya.

2 comments:

  1. hehe...sokong brazil la..

    ReplyDelete
  2. Brazil pun kalah. Argentina pun kalah.
    Dua-dua buat malu je, Brazil boleh kena 3 biji.
    Argentina pulak dapat 4 bijik......
    Last sekali, German dan Holand juga masuk
    Semi Final. Esok kita tengok Semi Final,
    dan sapa lawan sapa kat Final nanti.
    Tapi German memang power gilaa....

    ReplyDelete