Saturday, 26 November 2011

Ke Funfare di musim cuti sekolah, naik Bullet Train, Eye of London, Top Gun etc

Cuti dah BERMule.......
Kami berseronok dengan abang-abang kami.
Tu la bestnye kalau ada ramai abang.

Satu yang understanding, satu yang sporting, satu lagi suka menyangat....
Ada juga kadang-kadang mereka ni cengee  melampau.

Ini foto yang sempat di snap shot.
Banyak foto yang tak menjadi pasal abah tak tahu nak setting.
Abah baru belajar guna kamera Iphone mama.


Kat atas tu, masa kami naik kapal angkasa. Kami pi berlepas sejurus selepas Angkasawan
Sheikh Muzafar balik.


Yang ini pulak, semasa kami menaiki Bullet Train, tapi tak sama dengan Shinkansen kat Tokyo
dan bukannya TGV kat Paris tu. Yang ni ni lebih laju lagii....
Kami nak buat ujian kat landasan berkembar Ipoh ke Padang Besar.

Kami sempat juga menaiki "Eye of London" tapi abah tak sempat nak snap foto.

Lagi pun kami tersangat asyik menikmati pemandangan dari atas keindahan Kota SP.
Bayaran nak naik  "mata" cikenet RM10/srg dewasa.


Yang lain-lain tu, kalau nak main.... kena la 2 token sorang.
Satu token 2 inggit.
Naik main tembak-tembak ke, main ceduk itik ke, main baling-baling ke,
lumba kreta pun ada, nak naik Top Gun dan macam-macam laa....

Nak ikutkan hati, tak balik umah laaaaaaa.



No comments:

Post a Comment