Wednesday, 31 March 2010

Tasya di Puncak TITIWANGSA

Ini lagi satu foto kenangan Tasya semasa melalui Banjaran Titiwangsa.
Pemandangan yang sungguh indah dan cantik.
Terasa begitu nyaman dan segar menghidup udara bersih
dan suasana yang amat tenang.




Sebelum sampai ke Puncak Titiwangsa, kita mesti melalui
Gerik dan Tasik Banding.
 Kat Tasik Banding, ada tempat berehat dan jeti bot untuk
pengunjung yang ingin meluangkan masa memancing dan juga
menyusur pulau dan sekitar tasik. Cantik tempatnya.







Kawasan Tasik Banding ni adalah dalam Taman Negeri Royal Belum.
Tempat terpelihara lah katakan. Sesuai untuk pengunjung dan pelawat
dari luar.
Dari sini, kita kena memandu lebih kurang satu jam, baru sampai ke Puncak
TITIWANGSA. Kiranya tempat ni adalah puncak paling tinggi di Semenanjung
kot. Tak tahulah berapa kaki tingginya. Tapi udara kat sini sejuk betul, macam
kita dok kat "obersi" lah gitu....

Dia orang siap buat tempat berehat dan tempat solat, siap dengan air pancur
macam air dari peti ais. Kedai makan pun ada. Nak burger ke, nasi campur ke
semuanya ada.

Tapi abah cakap, sapa-sapa nak datang sini, elok lah pagi-pagi.
Boleh nampak kabus lagi, macam salji turun.
Kalau nak memandu tu, elok lah siang-siang pasal kereta tak banyak.
Malam nanti bahaya, kot-kot jumpa gajah melintas.
Jalan pun bengkang bengkuk serta banyak cerun berbahaya.
Memandu perlu penuh berhati-hati. Kekadang tu lori balak
pun ada. Banyak yang merangkak-rangkak naik bukit.

OK enjoy reading......

No comments:

Post a Comment