Monday, 21 June 2010

Toy Story 3

Tasya dah tengok movie Toy Story 3.
Kiranya awal jugak lah pasal hari kedua
tayangan di Golden Cinema.





Best ceritanya, sampai abang tak berkelip
mata mengikuti ceritanya. Pop corn habis
sampai dua kotak kat dia sorang.

Yang paling Tasya suspen nya masa keretapi
tu jatuh gaung. Habis lah...... kata Tasya.
Takkan lah hero tak mai tolong kot.

Tetiba lepas tu Buzz selamatkan dia orang semua,
terbangkan keretapi tu naik ke atas.

Habis je cita tu, kami pi ronda kat Bowling Centre.
Tasya nak belajar main bowling pulak lepas ni.

OK, bagi yang belum tengok Toy Story 3 tu.......
Tasya galakkan kawan-kawan pi pujuk abah masing-masing
bawa tengok sama-sama. Lagi meriah, ramai-ramai kat
dalam panggung tu.

Kan masa ni masih dalam mood Happy Father's Day.
Habis tengok, pi lah belanja abah kita sambut
Father's Day ni.

OK, to all fathers out there,Tasya would like to
wish "HAPPY FATHER'S DAY"




Friday, 18 June 2010

Kambing ni siapa punya!!!

Tasya sangat suka kat kambing ni.




Badan nampak berminyak dan sihat-sihat belaka.
Tasya tanya kat Ngah,
" Ngah sapu minyak apa kat badan kambing ni?
Ngah kata memang bulu dia macam tu.
Kambing ni yang asli dan pasal semuanya dah serasi
tinggal kat sini kot.
Bersih bulunya, tapi bila Tasya nak pegang, dia lari pulak.
Tasya amik rumpur kat tepi pagar dan semuanya berebut-rebut
datang nak makan.

Sebenarnya, kambing ni kat rumah Pak Menakan Tasya, Ngah Usop.
Ladang kambing kat sebelah rumah aje. Masa Tasya pi tu, Ngah dok
lepak kat belakang. Abah pun terus ajak Tasya bagi makan.
Abah minat sungguh kat kambing ni.

Sapa-sapa berminat nak belikambing, boleh lah bagi tau
kat Tasya. Murah-murah je kalau nak buat aqekah ke atau
nak kenduri.

Tuesday, 15 June 2010

Sempoi tak abang Tasya ni...

Sempoi nye.....
Terkenang kesah dulu-dulu, masa Abang Amir dok melawa.....
Baju tu yang abah beli kat Paris.
Spek pulak dari pasar malam aje.



Foto Tasya masa kat Kolej Angah.
Cute tak????





Yang ni pulak, Abang Amir kat
 Bukit Merah.

Ada banyak lagi kengan manis dari Tasya.
Selalu-selalu lah buka blog kite ye.

Ceria selalu and Happy Holiday.
Tasya.


Monday, 14 June 2010

Abah Tasya waktu usia muda

Ni Tasya terjumpa kat album lama.
Foto ni masa abah dok study kat kolej lagi.
Tasya saja masukkan dalam blog buat kenangan.
 Takut nanti foto kelabu asap, dah tak boleh tengok.

Abah muda-muda dulu hansem tau....
Pasal tu mama terpikat kat dia kot.
Rock jugak lahhhh.....


Kat bawah ni, moto GP100 abah.
La ni dah tak ada, abah lelong kat kedai Cina.
Tak larat nak repair kot.

Foto yang last tu, abah dengan arwah Tok Wan masa bagi ayam makan.
Waktu ni Tasya tak ada lagi. Along pun tak sempat jumpa. Tapi kalau
kami balik kampung, kesan sejarah tu masih ada.
Pak menakan dan mak menakan belah abah pun masih ramai lagi
yang menetap di kampung. Cuma kami je yang jenguk setahun sekali.

Nanti Tasya cerita pasal family belah mama Tasya pulak.
Bue-bye dulu.
Wassalam.

Saturday, 12 June 2010

Angah jatuh MOTOR

Kali ni Tasya nak cerita sikit pasal Angah jatuh motor.
Angah ni bukan nya Mat Rempik lah. Dia baik orang nya,
Rajin dan berdisiplin.
Tasya sangat sayang kat Angah. Boleh main game lagi
ngan Angah dan angah selalu beli hadiah kat Tasya.

Cian tau kat angah. Jumaat lepas kat tempat kerja dia,
nak keluar rehat dan solat Jumaat, angah terlanggar
motor satu mamat tu. Mamat ni buat U-turn haram
dekat trafik light. Tak bagi signal, tetiba lipat masuk.






Angah tak sempat brek. Masa nak elak tu lah angah
terbabas ke tepi. Teruk tau luka Angah.
Siku, tangan, belakang, dan lutut habis luka.

Yang teruk tu kat kelopak mata Angah terkoyak.
Kena jahit lima jarum.



Yang lawak nya, masa balik rumah Tasya tengok
Angak macam dalam cerita Lanun, The Pirate of Carribeans.
Mata sebelah tertutup.

Cian tau kat angah. Baru mula kerja dah dapat accident.
Tapi la ni, dia nampak dah baik sikit. Dah boleh bergurau ngan
Tasya dan Abang Amir.
Tak adalah garang macam selalu.
Apapun Tasya tetap sayang kat Angah.

Kat Along pun Tasya sayang jugak.
We miss you, ALong.

OK, Arioooosssss.
Mata ai Masu yooooo.
Sayonara.

Tuesday, 8 June 2010

Mandi Laut dan main ombak kat Pantai Merdeka

Salam sejahtera untuk semua.

Tasya dan Abang Amir kali ini meluangkan masa cuti
di Pantai Merdeka. Dah lama betul kami tak main air laut
dan membuat istana pasir.




Kali ini kami sempat bermain badminton di pagi-pagi
hari kat tepi pantai. Cuaca masih belum panas dan
ramai pengunjung yang berkhemah di sini masih belum
bersarapan lagi.

Lepas habis panaskan badan dan berpeluh, kami pun
terjun ke laut, main ombak. Air kat sini kurang elok
dan agak kotor disebabkan pencemaran alam sekitar.

Tapi setakat nak lepaskan gian tu, boleh lah.



Seronoknya dapat main pelampung dan dlambung oleh
ombak laut ni.
Abang Amir hebat sungguh. Tergolek tiga empat kali.
Abang minum air masin tiga teguk masa di terbalik.



Kat sini pun ada orang memancing jugak.
Ramai kaki pancing berderet kat tebing bersama
alat pancing dan umpan cacing.



Sampai tengah hari, abah dah bising suruh naik. Katanya nanti kulit jadi hitam
kena panas. Kami belum pun puas main lagi.
Terpaksa lah mengalah dan pergi mandi air bersih pulak.

Tandas awam kat sini canggih betul.
Hiasan nya macam rumah banglo, siap dengan langsir lagi.
Lepas cuci badan, kami pun pi makan lunch kat medan selera.

Ok lah jugak kat Pantai Merdeka ni. Kemudahan pun banyak.
Selesa bagi sesiapa yang nak bercuti dan buat camping di sini.
Mungkin lain kali Tasya akan ajak abah mai lagi.

Salam ceria dari Tasya.