Kali ni Tasya nak cerita sikit pasal Angah jatuh motor.
Angah ni bukan nya Mat Rempik lah. Dia baik orang nya,
Rajin dan berdisiplin.
Tasya sangat sayang kat Angah. Boleh main game lagi
ngan Angah dan angah selalu beli hadiah kat Tasya.
Cian tau kat angah. Jumaat lepas kat tempat kerja dia,
nak keluar rehat dan solat Jumaat, angah terlanggar
motor satu mamat tu. Mamat ni buat U-turn haram
dekat trafik light. Tak bagi signal, tetiba lipat masuk.
Angah tak sempat brek. Masa nak elak tu lah angah
terbabas ke tepi. Teruk tau luka Angah.
Siku, tangan, belakang, dan lutut habis luka.
Yang teruk tu kat kelopak mata Angah terkoyak.
Kena jahit lima jarum.
Yang lawak nya, masa balik rumah Tasya tengok
Angak macam dalam cerita Lanun, The Pirate of Carribeans.
Mata sebelah tertutup.
Cian tau kat angah. Baru mula kerja dah dapat accident.
Tapi la ni, dia nampak dah baik sikit. Dah boleh bergurau ngan
Tasya dan Abang Amir.
Tak adalah garang macam selalu.
Apapun Tasya tetap sayang kat Angah.
Kat Along pun Tasya sayang jugak.
We miss you, ALong.
OK, Arioooosssss.
Mata ai Masu yooooo.
Sayonara.
haha..bgusla dia dh ok..nnti ami blk la..ujung taun ni..xlama dh..
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah selamat. Sedih bila baca. Teringatkan arwah adik lelaki yang kemalangan motor pada tahun 1993 semasa bekerja.
ReplyDeleteSaudara Admin,
ReplyDeleteBersabar dan hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah adik. Kemalangan ni kita tak boleh nak kata.
Kita beringat,tapi ada orang lain yang cuai.