Thursday, 16 September 2010

Ke Pantai Bersih di Hari Jadi Abang Amir

Happy Birthday Abang Amir.

Sempena Hari jadi Abang Amir, Tasya ajak abah
pi ronda kat tepi pantai. Dari semalam lagi Tasya
suruh abah bawa pi pantai. Tasya kata kalau abah
bawa Tasya pi pantai, Tasya akan belanja abah
makan Piza.





Hari ni pagi-pagi lagi Abah dah bertolak.
Abang Amir tak sempat bangun pun lagi.
Tapi Tasya dah bangun awal dan siap
sarapan pagi. Nasi himpit cecah dengan
kuah gulai ayam dan rendang daging, baki
dari Raya.



Cuaca agak mendung dan hujan di pertengahan perjalanan
kami. Nasib baik tak lama dan semasa kami tiba
di Pantai Bersih, matahari kembali terang.
Di kampung nelayan, kami jumpa ramai uncle-uncle
sedang berehat ambil angin pagi dan mengemas peralatan
menangkap ikan. Jaring, bot, kotak ikan dan lain-lain.
Tenang betul air muka mereka sambil senyum kat Tasya.
Kami bergambar atas bot nelayan mereka lah...



Dari sini, kami dapat lihat pemandangan Pulau Pinang.
Nampak Komtar dan bangunan-bangunan tinggi kat
GeorgeTown.
Kemudian Abang Amir ajak abah pi ronda kat tepi
pantai. Tasya nak main ombak dan korek pasir.
Abang Amir suka kutip kulit kerang dan batu yang
cantik. Katanya nak bubuh dalam akuarium mama
nanti. Pasir pantai kat sini boleh tahan lah. Nak kata
bersih macam nama tempat ni, tak adalah sangat.



Yang paling Tasya seronok ialah dapat dengar
bunyi ombak menghempas pantai. Tak penat pulak
mereka memukul pantai tanpa henti.

Tak terasa masa cepat betul berlari. Tau-tau dah pun
tengah hari dan cuaca agak panas. Nanti terbakar pulak
kulit Tasya.

Sapa-sapa yang nak mai tengok, boleh tapi dinasihatkan
jangan main air laut. Kualitinya agak teruk, nanti gatal
kulit pasal banyak bahan kimia yang terlepas ke laut
dari kawasan industri yang berdekatan.
Oh, ni Tasya jumpa jet fighter kat tepi jalan.
Depan TUDM lagi....

Tasya pi dulu...... tak tahan lah PANASSSSSS.

Tuesday, 14 September 2010

Aidifitri 5 - Tasya raya ngan Sapuan

Hari ni Tasya raya ngan Sapuan pulak.

Hansom orang nya, tengok foto kat bawah ni.
Nyanyi lagu rock lagi..




Sapuan mai sama ngan Ma dan Abah dia.
Abang Daus dan Kak Yah pun ikut sama.

Kami beraya sama-sama kat laman rumah,
naik basikal, main bola dan berdiskusi.
Lepas tu nyanyi lagu Raya lah...

Sebelum makan, kami sempat berduet
lagu rock. Teror betul Sapuan main gitar.
Tasya ajar lah sikit-sikit.
Mama masak simple je, daging goreng
bawang ala Kelantan, sop sayur dan
ikan sardin. Abang Daus cakap ikan sardin
lah sedap pasal dah muak makan gulai ayam
dan rendang.
Kueh raya ada banyakkkkk lagi...



OK jumpa lagi. Raya ,masih ada tiga minggu
lagi. Sapa lah agaknya nak bertandang ke umah
Tasya lepas ni.
Jemput-jemput......sila-sila.
Wassalam dari Tasya
http://TasyaAmir.blogspot.com

Monday, 13 September 2010

Ramai nye datang beraya rumah Tasya - Aidilfitri 4

Aaaaa.... lagi foto RAYA.
Raya ke 2 tu Uncle Aki dari KL dengan keluarga mertua
dari Jeneri, Dua biji keta singgah sebelum depa pi Kulim.
Tapi abah lupa amik foto pulakkk..
Raya ke 3 kemarin, Mama pi Alumni di Pendang.
Majlis Raya Murid Lama Sekolah Menengah Pendang.
Sila rujuk Facebook.

Yang bawah ni Tasya beraya ngan Mak Timah, Abah Motor dan
keluarga Kak Mar. Ramai yang mai, penuh rumah Tasya
Keluarga Kak Mar dari N9 (Nagori) pun ada sama.



Hari ni Mama masak special lagi.
Nasi Briani berlauk udang BeSAAARRR...
Mee Huunnn goreng pun ada, ditambah dengan nasi himpit,
kuah kacang, Gulai kari Ayamm hmhmmm....lagi dan lagi.



Foto atas tu Abang Amir, Tasya dan Abang Firdaus.
Kat bawah ni foto Tasya bersama Kak Mar.
















Tengah harinya, satu pejabat kawan Mama mai lunch
sambil beraya. Big Boss, ssmall boSS, manager dan staff
staff mama yang lain pun ikut sama. Tak menang tangan mama.
Tak sempat pun mama nak lepak dan lelap mata, ada tetamu lagi.

Walau apa pun, Tasya tengok raut wajah mama ceria betul.
Ramai kawan dia puji dapur baru mama dan susun atur setty
mama untuk raya ni. Semuanya BaaRRuuu..



Petang baru habis tugas Mama.
Tu pun tak sempat nak rehat jugak pasal kena
kmas dan basuh pinggan mangkuk pulak.

OK lah, Tasya kena pi tolong Mama dulu.
Lepas ni nak kira duit RAYA dah.
Abang Amir dapat RM9 ratus lebihhh...
See you later.

Saturday, 11 September 2010

Dah RAYA punnn - 1 Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Hari ni dah Raya pun, Sat aje dah abis sebulan posa.
Mama masak banyak betul, bukan takat kueh mueh jeee
siap dengan ketupat, rendang, gulai ayam, daging dan perut.
Mama boleh buat banyak tu, pasal Tasya tolong sekali.
Angah, sorry lah nak tolong. Asyik buat tahi mata aje.




Tasya tolong mama buat kueh dua tiga hari sebelum raya lagi.
Semalam hari last posa, Tasya tolong mama bungkus ketupat pulak.
Penat betul tapi seronok. Seronok... seronok..

Hari ni pulak kami balik kampung. Hari Raya kan,
kita mesti ziarah mnziarahi sanak saudara.
Keta rupaya di hari raya pun bersesak jugak lagi.
Nasib baiklah kampung Tasya dekat. Tapi terpaksa
berderet dan beratur panjang jugak di lebuh raya Gurun
hingga ke Pendang. Lepas tol Pendang lagi kena berderet
dan merangkak sampai ke Pekan Pendang.






Mula-mula kami singgah di rumah Long. Makan ketupat.
Ramai ada, Kak Zakiah dan Abang Yi dari Bandar Baru
pun balik ngan famili dia. Abang Di je balik Kelantan.Lepas tu
Tasya jumpa best pren Tasya, Intan. Abang Amir
pulak yang tidur sepanjang jalan tadi, melompat
bangkit bila dengar kawan dia, Kamil ajak main bola.
Tak sempat makan pun, main dulu.



Abah ngan mama melencung ke rumah Ngah pulak,
makan bihun sop. Tapi Ngah tadak. Kak Shidah dan
Kak Bah saja yang ada. Abah pulak melopong tengok
cita kungfu Cina dia. Tak ada geng nak sembang....
Lepas satu jam lebih kat umah Ngah, abah ajak pi
umah Ndak pulak. Tasya tak nak ikut pasal tak puas
lagi bersama ngan Intan.Tapi mama suruh ikut jugak.
Terpaksalah dalam keberatan, pi lahhh... kata Tasya.
Tak apalah, sebab dah dapat banyak duit Raya Tasya
dan penuh beg baru Tasya. Oh ya, beg raya Tasya ni
ramai betul yang minat tauuuu.... Semua orang tanya beli
kat mana. Tasya cakap, beli kat London lah.

Sampai umah Pak Ndak, semua ada kat sana.
Kak Nah, Kak Yah, Abang Daus. Cuma Iwan
aje yang dah balik kat Tok Wan dia di Perlis.
Abang Det dan Intan pun join sama. Kami pi
main buai dulu......
Abang Daus pulak dok tido lagi. Letih kot...

Lepas Magrib, kami semua pi rumah Pak Lang.
Kat sana, Abang Nipah sekeluarga, Abang Lan
sekeluarga dan Abang Shah pun ada. Cuma Pak
Lang yang belum balik dari Jenun.
Depa masak nasi daging dan Rendang Padang.
Orang rumah abang nipah dari Johor, boleh lah
merasa masakan Johor. Mama kata SEDAPPPP..
Tasya makan masak lemak ayam. Nasi kurang sikit,
jaga badan.Abang Amir habis dua pinggan nasi daging.



Letih betul Tasya hari ni. Dah tak larat.
Foto pun tak sempat nak d/load lagi.
Dah dekat pukul Satu pagi ni.
Nak pi tido dulu.
Esok abah cakap Uncle Aki dari Hulu Kelang
nak mai.Kawan lama abah masa muda-muda
dulu. Kamcing sangat lah tuuu..
Mama kata nak proses Mee Soppp pulak esok
masuk daging fresh. Mesti meletup punya....

OK salam Aidifitri dari Tasya.
Maaf zahir dan batin.
Sebulan kita RAYA tau.....