Thursday, 16 September 2010

Ke Pantai Bersih di Hari Jadi Abang Amir

Happy Birthday Abang Amir.

Sempena Hari jadi Abang Amir, Tasya ajak abah
pi ronda kat tepi pantai. Dari semalam lagi Tasya
suruh abah bawa pi pantai. Tasya kata kalau abah
bawa Tasya pi pantai, Tasya akan belanja abah
makan Piza.





Hari ni pagi-pagi lagi Abah dah bertolak.
Abang Amir tak sempat bangun pun lagi.
Tapi Tasya dah bangun awal dan siap
sarapan pagi. Nasi himpit cecah dengan
kuah gulai ayam dan rendang daging, baki
dari Raya.



Cuaca agak mendung dan hujan di pertengahan perjalanan
kami. Nasib baik tak lama dan semasa kami tiba
di Pantai Bersih, matahari kembali terang.
Di kampung nelayan, kami jumpa ramai uncle-uncle
sedang berehat ambil angin pagi dan mengemas peralatan
menangkap ikan. Jaring, bot, kotak ikan dan lain-lain.
Tenang betul air muka mereka sambil senyum kat Tasya.
Kami bergambar atas bot nelayan mereka lah...



Dari sini, kami dapat lihat pemandangan Pulau Pinang.
Nampak Komtar dan bangunan-bangunan tinggi kat
GeorgeTown.
Kemudian Abang Amir ajak abah pi ronda kat tepi
pantai. Tasya nak main ombak dan korek pasir.
Abang Amir suka kutip kulit kerang dan batu yang
cantik. Katanya nak bubuh dalam akuarium mama
nanti. Pasir pantai kat sini boleh tahan lah. Nak kata
bersih macam nama tempat ni, tak adalah sangat.



Yang paling Tasya seronok ialah dapat dengar
bunyi ombak menghempas pantai. Tak penat pulak
mereka memukul pantai tanpa henti.

Tak terasa masa cepat betul berlari. Tau-tau dah pun
tengah hari dan cuaca agak panas. Nanti terbakar pulak
kulit Tasya.

Sapa-sapa yang nak mai tengok, boleh tapi dinasihatkan
jangan main air laut. Kualitinya agak teruk, nanti gatal
kulit pasal banyak bahan kimia yang terlepas ke laut
dari kawasan industri yang berdekatan.
Oh, ni Tasya jumpa jet fighter kat tepi jalan.
Depan TUDM lagi....

Tasya pi dulu...... tak tahan lah PANASSSSSS.

1 comment: