Hari ni Tasya nak kumpul foto-foto Tasya
semasa Skype ngan Along. Ya lah masa
abah dan mama dok sembang tu, Tasya asyik dok
klik kat "snap photo". Abah pun klik sama lah.
Dulu masa Along baru-baru pi Sydney, selang dua
tida hari kami dok mengadap laptop bercoloteh
sama Along. Bukan apa, nak bagi Along kurang
sikit homesick nye.
La ni, selang seminggu atau dua minggu baru Skype.
Lagi pun Along selalu call Mama tiap minggu.
Katanya murah aje kalau call dari sana.
Abah pun selalu call dari opis dia, tanya khabar
dan kot-kot Along ada masaalah.
Tak lama lagi Along dah nak balik bercuti panjang.
Tinggal dua minggu lebih aje lagi, Tasya dah tak
sabar nak jumpa Along. Rindu betul kat Along.
Semua orang rindu kat Along, abg Amir, Mama, Abah
dan Angah.
Semalam abah cakap kat mama, kita orang nak
pi amik Along kat KL. Abah cuti Awal Muharram.
Jadi Along tak payah sambung flight, turun aje kat KLIA.
Mama boleh lah makan angin lagi. Abang Amir dah cuti
sekolah, so no problem lahhh....
Ok, nanti jumpa lagi.
Salam rindu buat ALlllllLonggggg.
Exam tu buat betul-betul, bagi score GILEE...
Tasya tauuuu, Along memang kaki study.
-- Dari Nur Amira Natasya --
hahahah..thanks..i miss u guys too..=)
ReplyDelete