Sempena cuti Raya Cina, Gong Xi Fat Cai ni
kami meluangkan masa melawat Ladang Anggur.
Terletak di laluan ke Pedu dan Nami, selepas
Pekan Sik.
Kalau nak tau lebih lengkap, cuba google-google tengok,
mesti boleh dapat maklumat lanjut.
Alamak tak glamour pulak nama nya.
Patut entri ni Tasya tulis melawat Ladang Anggur
California ke, Ladang Anggur Marseille ke, atau
Ladang Anggur Fukuoka ke, baru lah cun.
Kat tempat kite ni pun ada ladang anggur tau!!!
Tengok foto kami kalau tak caya.
Tempat ni agak jauh juga dari umah Tasya,
dalam dua jam perjalanan naik keta.
Paling senang, ikut Lebuhraya Gurun menuju
ke Tasek Pedu, mesti jumpa punya.
Kami pi pagi-pagi, jadi cuaca masih sejuk
dan berkabus. Maklumlah di kawasan
berbukit dan jauh ke pendalaman.
Di sana kami diiringi seorang brader
yang sangat peramah sebagai Tour Guide.
Sebagai pelawat pertama hari tu, layanan
kami terima sungguh istimewa. Penerangan
yang jelas mengenai sejarah mula dan asal
usul penubuhan serta kehidupan anggur
dan pekerjanya di sini.
Pokok yang kami lawati ni dah empat tahun
usianya. Batang batang pokok dah besar dan
buah yang lebat.
Setangkai boleh capai 3kg kalau dijaga betul
betul. Ianya amat sensitive dan akan bantut
kalau di usik buahnya. Tempat ni ada seribu pokok
dan keluasannya adalah 6 relung.
Berbagai spesis anggur ditanam. Anggur hijau,
anggur Blackcurrent dan anggur Isabella.
Buah yang paling menarik bernama Isabella.
Tapi spesis nya tak banyak. Buahnya wangi
semerbak macam mempelam harum manis
yang ranum.
Brader tu cakap, depa ada lagi satu ladang
yang lebih luas. Jumlah pokok lebih kurang
3 ribu rasanya. Tapi Tasya tak ingat tempatnya.
Hampir satu jam juga kami berada di taman
anggur ini sambil bergambar kengan dan melepak
di tepi tasik Beris yang indah.
Sebelum pulang, jangan lupa dapatkan
buah-buah anggur segar dari pusat jualan
yang disediakan.
Kalau berminat, boleh juga membeli benih
pokok anggur untuk ditanam di laman
rumah sendiri.
Salam ceria.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment