Tuesday, 11 December 2012

First-Class Honours Degree for Along


Along succeed in 1st Class Hons Degree.
Congrats to you Along.

May God bless you and your future well being.
From all of us.
Tasya

Pengumuman - Cuti Sekolah dah nak habis, Selamat Belajar

Salam untuk semua,

Tasya ingin mengucapkan Selamat Bergembira sempena cuti hujung
tahun ini buat semua pengunjung Blog Tasya Amir.

Oleh kerana kita akan memulakan persekolahan kembali dua minggu
dari sekarang, elok lah kita sama-sama buat persiapan awal
untuk memulakan ALAM PERSEKOLAHAN baru 2013.

Periksa semua peralatan sekolah, balut buku-buku bantuan yang
diberi percuma, susun kembali alat tulis dan warna yang boleh di
guna semula, beg sekolah dan lain-lain yang berkaitan.

Tasya ingin memaklumkan bahawa BLOG TASYA AMIR akan
berakhir setakat ini dulu kerana Along Tasya pun dah pulang
ke Malaysia. Tasya dan Abang Amir pun akan sibuk dengan
aktiviti sekolah tak lama lagi.

Akhir kata terima kaseh buat semua yang mewarnai hidup kami
dan kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa
yang tertulis dan terlanjur kata dari setiap nukilan dalam blog ini.

Selamat belajar dan guna lah setiap detik dan saat yang kita lalui
untuk menceriakan arus kehidupan yang sementara ini semuga
kita mendapat menafaat dan rahmat dari Ilahi.
Hargai lah dan hormatilah kedua ibu bapa kita dengan
sepenuh jiwa dan raga.

Wassalam.
Tasya Amir.


Monday, 10 December 2012

Along lapor diri kat JPA Putra Jaya


Harap-harap cepat lah dapat keja ye....









Along is now free from "ALAM PERSEKOLAHAN".
Now is ready for a new world of "WORKING ADULT".

Good Luck Along...........







Kuala Terengganu

Pesta Memancing di Pulau Warisan Terengganu.














Jauh perjalanan, luas pemandangan.



Bila dah melepasi Kuantan, baru boleh pi Kuala Terengganu.
Tapi Lebuh Raya Pantai Timur 2 belum siap abis lagi.

Ni kami rasmi lebuh raya baru "free" pasal plaza TOL belum
siap dibina.




Gua Musang pun boleh pi.....tapi tak siap jugak.
Tengok tu, papan tanda pun "blurrrrrr" .
Dua tahun lagi kot, baru boleh guna.


Selamat Datang ke Kuala Terengganu.





Monday, 19 November 2012

Wednesday, 7 November 2012

Puteri Amira di Hari Pementasan.

Tampak Anggun dan Menawan.

Puteri Amira memperagakan Gaya Fesyen Moden
dengan hiasan Tudung corak terkini. Sungguh cantik
dan sesuai bagi menceriakan majlis.






Friday, 2 November 2012

Graduated


Finally, managed to grab the scroll.
Here I am.






Tuesday, 11 September 2012

Menziarahi Pusara Tok Mek, Tok Nek dan Moyang

Sedekah Al-Fatihah untuk arwah Tok Mek, Tok Nek,
Tok Ayah dan sekeliannya. Baru-baru ni sempat menziarahi pusara mereka semua.
Semuga Allah swt tempatkan mereka semua dalam golongan orang-orang
yang soleh dan solehah.

Ni Tasya nak buat catatan peribadi sikit untuk kenangan masa depan perihal
asal-susilah orang tua kami.
Nama Arwah bapa abah adalah Tok Ayah Soh. Arwah bapa Tok Ayah pulak
Tok Haji Taib bin Ismail. Ibu nya Hajjah Munah.Sebelah arwah Tok Mek pulak,
bapanya Tok Aji Wei.
Ismail juga namanya.Berasal dari Permatang Pusu, Gunung.
Kubur Tok Nyang Wei ni kat Permatang Pusu lah kot.

Tok Ayah Soh ni pulak orang tempatan walau pun wajah air muka nya ala Tok Arab.
Khabarnya asal dari anak orang kaya Pendek.Abang adek semuanya dah ke
rahmatullah. Tok Su Nor (Jeli), Tok Cik Nab (Larok), Tok Muda Mat (Gaal)
dan Tok Mok Nik (Gaal)

Mengikut salasilah cerita dari Tok2 Menakan, bapa sebelah abah adalah orang tempatan,
tapi bapa sebelah Tok Mek pulak, Moyang (Tok Wei) ni ada asal usul dari Kedah.
Maklum lah orang dulu-dulu selalu berulang alik menuai padi. Musim menuai di Kedah,
orang Kelantan bantu. Tiba musim menuai di Kelantan pulak, orang Kedah datang
berhijrah. Masa tu lah tersangkut kat sini, bercucu cicit.
La ni dah tak adalah, pasal semua kerja guna jentera.

Ni tempat bersemadi Tok Nyang sebelah abah. Masa dulu-dulu depa tanda nesan
pakai batu-batu besar je.
Tak ada kemudahan untuk tulis nama.Mai waktu arwah bapa Tok Ayah Soh, baru
depa tulis nama. Ni pun dah tahun 1940an kot.





Arwah Tok Mek pulah bersemadi di sini di usia masih muda lagi,
mendahului ibunya, sekitar tahun1969. Tok Su, adik pada Tok Meh
masih sihat lagi, alhamdulillah.

Pusara ibu Tok Mek pun di sini juga, nama panggilan "Tok Minah"
Dengar cerita lama-lama, ibu Tok Mek ni hebat orangnya.
Rajin berniaga, rajin bercucuk tanam dan kuat bekerja.Beliau juga
gemar menziarahi serata tempat sambil berniaga kain.Umurnya
melebehi 80an. dan mempunyai ramai suami sampai 18. Betul ke tak..
wallahu' alam lah....
Abang Sulung pada Tok Mek baru saja meninggal tahun 2009,
pun bersemadi di tempat yang sama.



Arwah Tok Ayah bersemadi di Tanah Merah, kat kampung Mama Daniel.
Arwah meninggal sekitar tahun 1980an, sakit tua.

Catatan Tasya:-
Senarai sebelah Tok Mek Abah
- Tok Mek Jah - Hulu Kelang, KL
- Tok Ayah Husin - Pendek
- Tok Mek - Tanah Merah
- Tok Ngah Soh - Gua Musang
- To Su Munah - Pendek
- Tok Mok Moh - Cucuh Puteri
- Tok Da Hin - Paloh 3
- Tok Cik Pa - Paloh 2
- Tok Su Meli - Cucuh Puteri











Tuesday, 14 August 2012

Lagu Raya Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim


[Lagu Raya] Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah



Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

Wednesday, 8 August 2012

Selamat Hari Jadi buat Mama - IBU ku.


TERIMA KASIH IBUKU TERSAYANG

IBU…..
kau bagai rembulan di hidupku,
bagai matahari yang menyinari pagi
dengan kehangatannya,
&
kau bagaikan bidadari dalam hidupku.

IBU…..
betapa besar pengorbananmu
pada anak2-mu,
9 bulan kami ada dalam kandunganmu,
hingga kau mengorbankan nyawa
saat melahirkan kami ke dunia ini
&
membesarkan kami dengan kasih sayangmu
yang tulus sejernih air
yang mengalir disurga.

IBU…..
beribu2 ku ucapkan terima kasih padamu,
walau ucapan terima kasih ku
takkan pernah cukup
dengan semua pengorbanan
dan kasih sayangmu selama ini.

IBU…..
aku berjanji
akan menjadi anak
yang terbaik bagimu,

TERIMA KASIH IBU

Lirik Untukmu Ibu:
Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya padamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi

Tuhan yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasih-Mu

Oh ibu
Kau kasih sejati
Ku taburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Di saat ini
Ku teruskan hidup




Monday, 23 July 2012

Majlis Hari Jadi 2012


Bersama Mama ku yang cantikkkk.



Bersama kenkawan yang ceria.


Hebat nye abang ku...










Selamat Berpuasa.




Wednesday, 18 July 2012

Di Ambang Ramadhan

Insya Allah, hari Sabtu nanti bersama lagi kita ke bulan mulia Ramadhan.
Tasya ucapan selamat menyambut Ramadhan buat semua.

Malam tadi kami buat persediaan awal mencuba resepi SUP
kepala Ikan, ala-ala bersahur lah katakan.
Simple aje,......tapi berselera.



Hari-hari sebelum ni, kami masak kerang, masak kari,
masak asam pedas dan kekadang tu beli jugak Sup Gear Box.
Jadi kalau puasa nanti, tak adalah teringin nak beli lauk
banyak-banyak sebab sebelum Ramadah dah merasa semua jenis lauk.



Bukan lah maksud Tasya ni, kalau bulan puasa aje, asyik ingat
makan-makan-makan. Tapi kebiasaan nya orang kita ni, kalau
nak berbuka tu, siang hari di beli macam-macam dan akhirnya
membazir......



Ok, semua dah tau ke niat berpuasa?
Mama kata bulan ni mesti selalu pi Solat Terawih.
Semua kena ikut abah pi surau, lepas selesai berbuka
dan solat Magrib.

Banyak fadhilat di Bulan Ramdhan ni... cuba Google-google
tengok dan belajar. Rajin-rajin mengaji Quran tauuu...

Tasya sedih mengenangkan Along yang kena puasa
sendirian kat Sydney. Sapa lah nak masak kat dia.
Kueh-kueh pun tak sama dengan kat rumah.
Tapi Along dah besar, ok lah jugak. Kalau Tasya
belajar jauh macam Along, tak tau lah cam mana.
Angah dah settle, dah keja pun, alhamdulillah.
Raya nanti berduit lah dia.

Salam Ramadhan buat Along.









Monday, 9 July 2012

Mari Mengecat Rumah


Dah nak masuk bulan Ramadhan ni....
Tak lama lagi berpuasa lah kita.

Jadi waktu lapang ni, kami mulakan persiapan
untuk menyambut bulan mulia ni dengan
menceriakan dan menambah seri rumah kami
dengan aktiviti mengecat rumah.


Abang Amir yang paling hebat dan bersemangat.