Tuesday 11 December 2012

Pengumuman - Cuti Sekolah dah nak habis, Selamat Belajar

Salam untuk semua,

Tasya ingin mengucapkan Selamat Bergembira sempena cuti hujung
tahun ini buat semua pengunjung Blog Tasya Amir.

Oleh kerana kita akan memulakan persekolahan kembali dua minggu
dari sekarang, elok lah kita sama-sama buat persiapan awal
untuk memulakan ALAM PERSEKOLAHAN baru 2013.

Periksa semua peralatan sekolah, balut buku-buku bantuan yang
diberi percuma, susun kembali alat tulis dan warna yang boleh di
guna semula, beg sekolah dan lain-lain yang berkaitan.

Tasya ingin memaklumkan bahawa BLOG TASYA AMIR akan
berakhir setakat ini dulu kerana Along Tasya pun dah pulang
ke Malaysia. Tasya dan Abang Amir pun akan sibuk dengan
aktiviti sekolah tak lama lagi.

Akhir kata terima kaseh buat semua yang mewarnai hidup kami
dan kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa
yang tertulis dan terlanjur kata dari setiap nukilan dalam blog ini.

Selamat belajar dan guna lah setiap detik dan saat yang kita lalui
untuk menceriakan arus kehidupan yang sementara ini semuga
kita mendapat menafaat dan rahmat dari Ilahi.
Hargai lah dan hormatilah kedua ibu bapa kita dengan
sepenuh jiwa dan raga.

Wassalam.
Tasya Amir.


No comments:

Post a Comment