Monday, 19 March 2012

Hari Minggu SP Town

Di Pasar Tani, mencari Daging Batang Pinang dan Perut Kitab.
Nanti balik boleh buat cecah air asam.
Ehmmmm......



Jumpa Nangka Madu.




Kat atas tu Ikan Talang basah.
Yang bawah ni Talang Masammmmm.


Mama sibuk pilih daging, macam reti aje...


Dah borong semua, masa untuk sarapan.
Pi pekena Capati pulak.





Lupa beli ikan Kerapu.



Friday, 20 January 2012

Koleksi 2 Cuti Sekolah Bulan lepas

Di Danga Bay dan JB Town.

Selepas 2 hari di Johor, kami kembali ke KL.
Menyambut D'Ambang 2012 dengan kemeriahan
percikan bunga api di Dataran Merdeka.






Komtar JB







Menanti saat 12 malam di Dataran.




Koleksi 1 Cuti Sekolah Bulan lepas

Kenangan kami bercuti.di Johor dan menyambut
D'Ambang 2012 kat Dataran Merdeka.

Photo kat bawah ni semasa di Desaru, Kota Tinggi dan  JB.










Mandi Air Terjun, di Kota Tinggi.








Saturday, 26 November 2011

Ke Funfare di musim cuti sekolah, naik Bullet Train, Eye of London, Top Gun etc

Cuti dah BERMule.......
Kami berseronok dengan abang-abang kami.
Tu la bestnye kalau ada ramai abang.

Satu yang understanding, satu yang sporting, satu lagi suka menyangat....
Ada juga kadang-kadang mereka ni cengee  melampau.

Ini foto yang sempat di snap shot.
Banyak foto yang tak menjadi pasal abah tak tahu nak setting.
Abah baru belajar guna kamera Iphone mama.


Kat atas tu, masa kami naik kapal angkasa. Kami pi berlepas sejurus selepas Angkasawan
Sheikh Muzafar balik.


Yang ini pulak, semasa kami menaiki Bullet Train, tapi tak sama dengan Shinkansen kat Tokyo
dan bukannya TGV kat Paris tu. Yang ni ni lebih laju lagii....
Kami nak buat ujian kat landasan berkembar Ipoh ke Padang Besar.

Kami sempat juga menaiki "Eye of London" tapi abah tak sempat nak snap foto.

Lagi pun kami tersangat asyik menikmati pemandangan dari atas keindahan Kota SP.
Bayaran nak naik  "mata" cikenet RM10/srg dewasa.


Yang lain-lain tu, kalau nak main.... kena la 2 token sorang.
Satu token 2 inggit.
Naik main tembak-tembak ke, main ceduk itik ke, main baling-baling ke,
lumba kreta pun ada, nak naik Top Gun dan macam-macam laa....

Nak ikutkan hati, tak balik umah laaaaaaa.