Wednesday, 3 February 2010

AiR CeNdUL - Kegemaran TASYA

Tasya rasa semua orang kat Malaysia ni tahu dan
kenal bila Tasya sebut AIR CENDUL.
Sedap sungguh rasanya, tambah sedap
kalau dapat minum masa kita betul-betul haus di tambah
dengan cuaca panas. Kat Malaysia ni memanglah hari-hari
pun panas. Malam pun kena ON aircond, kalau tak Tasya
nak tidur pun tak lena.




Cendul ni memang nya popular kat sini. Tempat lain pun
TOP jugak. Tak kiralah kat mana pun, Pekan Rabu Alor Setar ke,
Pasar Siti Khadijah ke, Pasar Chow Kit KL ke, Pasar Pudu ke,
Pasar Tani Shah Alam ke, Pasar Seremban ke,
Medan selera Putra Jaya ke, Pasar Payang kat Terengganu ke, Mersing ke,
Cherating ke, semua tempat lah ada. Kat pulau-pulau pun ada, Pulau Perhentian,
Pulau Duyung, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Pulau
Jerjak (ada kot?), cuma Pulau Batu Putih je tak ada.

Kat "GUA" pun ade tau. Kat Gua Musang. Tasya tau lah pasal
Tasya selalu ke rumah UNCLE Tasya kat sana.
Semua tempat yang Tasya sebut tu, Tasya dah sampai pun.
Abah yang bawa masa cuti panjang dan masa kami ronda-ronda.
Ada setengah tempat tu, Tasya pi masa dalam perut mama lagi.



Ada satu yang specialnya AIR CENDUL ni. Kita boleh tambah ngan
pulut, jadi CENDUL PULUT.
Dalam foto kat atas tu, Tasya tengah makan kat sebelah Petronas
jalan besar Butterworth - SP. Dekat dengan Tesco kawasan Bakar Arang.
Kat sini "famous" pasal LAKSA pun ada sekali. Kuah nya sedap dan special
dari tempat lain. Mama siap tempah untuk wat kenduri dari dia orang.

OK,setakat ni dulu cerita kali ni. Lain ari Tasya sambung lagi.
Selamat Raya Cina dari Tasya sempena Tahun Rimau.

1 comment:

  1. betui tu... cendol mmg sodap! Papa-Roq pun suka.. muaahhhh..

    ReplyDelete