Seronok sungguh masa cuti raya Cina ni.
Gong Xi Fat Choi.
Along ada kat rumah, Angah pun balik cuti raya jugak
dari Ipoh. Dia tumpang kawan, tiket raya dah habis katanya.
Ma ngan abah tak pi keja. Cuti panjang jugak.
Abang Amir pun cuti sekolah satu minggu.
Sekolah dia Gong Xi Fat Coi sakan pasal semua kawan
sekolah dan Cik gu dia Cina.
Jadi kami semua nya ada lepak kat umah.
Riuh rendah kat umah kami.
Semua orang ada, pasal tulah Tasya rasa seronok ni...
Tasya boleh main macam-macam.
Boleh lukis kat laptop along, boleh tulis-tulis kat laptop abah.
Main game kat bilik Angah dan bergaduh ngan abang amir jugak.
Oh, masa cuti raya Cina ni, malam tu abah bawak kami makan
besar di Kuala Kedah. Makan ikan bakar lagi.... Ma order ikan
Jenahak, Kerang bakar, Tomyam, Sop, macam-macam lah .
Sedap betul. Tasya makan tomyam je, tak makan nasi takut
gemok macam abang Amir kecik-kecik dulu.
Sebenarnya abah belanja Along pasal Along dah nak pi Sydney
minggu depan. Lagi pun semua dah berkumpul satu famili, pasal
tu lah abah bawak kami.
Selalunya Along ngan Angah tak mahu ikut. Asyik berkepik dengan
lap top main game, pas tu tidur.
Lepas diner, kami pi ronda kat Pekan Rabu. Angah nak beli T-Shirt
ngan seluar dia. Dah dekat kul 12 malam pun ramai lagi orang kat situ.
Masa kami balik ikut jalan lama, sepanjang jalan orang main mercun.
Sakit telinga Tasya, tapi tengok jugak pasal cantik betul.
Malam tu kami balik umah dah pukul satu lebih. Abang Amir
ngan Tasya lena dalam keta.
Esoknya pulak abah bawak kami balik kampung. Along nak pi
jumpa ngan Long, Pak Andak, Pak Lang, Pak Su dan semua-semua lah.
Masa Tasya main kat umah Pak Lang tu, Tasya terpijak semut gatal.
Punya lah sakit. Tasya menjerit satu kampung. Nasib baik abah cepat-cepat
dukung dan pi amik minyak, sapu kat kaki. Sakit ooooo....
Oklah Tasya dah tak larat ni. Tasya pun pi kenduri jugak
sari sebelum tu,.....ahhh
Lain kali pulak Tasya cita. Ada banyak lagi
Bye.
bohzo (hello)
ReplyDeleteI always pictured that you would look like your this is me, i wanted to use a sumo wrestler as my this is me picture but was told that would not be funny.
I wish you had a translator on your page, it looks like you are having fun, my translator kept freezing up.
Have a great day! bama (Good bye)
David
Hello David, (Bodewadmi is it correct?),
ReplyDeleteThank you for your note.
Your "this is me" photo also very nice.
I will try to follow your advise and will
add the translator.
Thanks.